Mahathir sedih akhir hayat Daim diherdik tanpa sebab

Oleh ROSLAN ZAMAN

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir hari ini meluahkan rasa kesedihannya apabila kehilangan sahabat yang bersamanya berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Luahanya itu dicoretkan di media sosial.

Mahathir turut kecewa kerana akhir hayatnya, dia diherdik tanpa sebab.

“Saya kehilangan sahabat yang bersama saya berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Saya sedih tidak terhingga. Sepatutnya dia disanjung kerana sumbanganya kepada perjuangan. Tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab. Tanpa sebab kerana dendam.”

Mahathir turut mendoakan Daim diberikan keadilan walaupun sudah tiada.

“Inikah balasan yang menimpa kerana dendam. Ya Allah, adillah Daim berasas keadilan. Berilah tempat keadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa. Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu.”

Sebentar tadi, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di sini, hari ini pada usia 86 tahun.

Pemergian ahli politik veteran dan ahli perniagaan itu disahkan peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, sebentar tadi.

Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital sejak dua minggu lalu.

baca: Risiko masuk hospital kalau jamah nasi, lelaki ini minta isteri masak ‘western’ setiap hari