Mahathir sesuai ketuai transisi kerajaan, akui pimpinan muda DAP

Mahathir sesuai ketuai transisi kerajaan, akui pimpinan muda DAP

Lim Yei Wei

Walaupun pada mulanya sukar untuk menerima keputusan Pakatan Harapan (PH) menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri, tetapi faktor kewibawaan tokoh itu amat penting dalam proses transisi kerajaan.

Naib Ketua DAPSY Petaling Jaya Utara, Lim Yi Wei mengakui hal demikian dalam wawancara isu semasa di saluran Jom Channel baru-baru ini.

Menurutnya, pemimpin Umno-BN tidak akan begitu mudah melepaskan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selepas menguasai kerajaan sebegitu lama.

“Pengalaman saya sebagai anak kepada kedua-dua ibu bapa yang merupakan guru dan seorang ahli majlis, Tun Mahathir sahaja yang mampu mengetuai transisi kerajaan yang stabil.

“Bayangkan jika PH menang, apakah Umno akan melepaskan kuasa begitu sahaja? Sebab itu mereka (Umno) memainkan sentimen kaum dan agama selain meluluskan akta berita palsu dan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Mereka rasa terdesak dan tidak sanggup melepaskan kuasa begitu sahaja,” tegas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya berkenaan.

Yi Wei menyifatkan Tun Mahathir berupaya menghimpun kesepakatan segenap lapisan rakyat di negara ini untuk memecahkan cengkaman korupsi Umno.

“Kalau PH menang, ‘industri’ rasuah (Umno-BN) berbilion ringgit yang disokong kroni-kroni akan musnah.

“Mereka dalam keadaan tidak mahu lepaskan cengkaman dan itu sebab Tun Mahathir sahaja yang mampu menyatukan penjawat awam dan rakyat secara keseluruhan untuk melakukan transisi perubahan kuasa secara aman,” ujarnya lagi.

9.3
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 9.5
CATEGORIES
TAGS