Malaysia Dateline

Mahathir terima semula jawatan Pengerusi Bersatu

Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad menerima semula jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lapor Harian Metro.

Perkembangan itu disahkan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya, hari ini.

 Dr Mahathir telah melepaskan jawatan sebagai pengerusi Bersatu pada Isnin lalu selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Semalam, Dr Mahathir mengakui bersedia untuk kembali mengemudi pentadbiran negara jika menerima sokongan daripada ahli Dewan Rakyat.

 Perkara itu dimaklumkan menerusi satu perutusan khas disiarkan di saluran RTM