Mahathir terima sijil pendaftaran PH daripada KSU KDN

Mahathir terima sijil pendaftaran PH daripada KSU KDN

Tidak sampai 24 jam tular Pakatan Harapan (PH) telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), pagi ini,  Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim telah hadir ke pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (bersatu) untuk menyerahkan sijil itu kepada Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hari ini Majlis Presiden PH mengadakan mesyuaratnya di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya. Satu sidang media akan diadakan pada tengahari ini.

Semalam tular Sijil pendaftaran yang bertarikh 16 Mei 2018 itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah RoS Surayati Ibrahim.

Tun Dr Mahathir meneliti sijil yang diterimanya sambil diperhatikan kepimpinan utama empat parti dalam gabungan PH.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 10.0
2 user votes x 8.5