Malaysia Dateline

Mahathir tidak berminat bekerjasama dengan BN,Pas tubuh kerajaan baharu

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak cadangan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menubuhkan kerajaan baharu dengan kerjasama Barisan Nasional (BN), Pas serta rakan dari Sabah dan Sarawak.

Mohamad mencadangkan perkara itu kepada Perdana Menteri sekiranya beliau ikhlas mahukan kedudukan Melayu dan Islam dimartabatkan.

Mengulas lanjut Mahathir berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum sejak ia mencapai kemerdekaan 62 tahun lalu.

“Negara kita berbilang kaum. Semua kaum mempunyak hak dalam negara kita,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Menerusi kenyataan di Facebok semalam, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata Umno dan Pas harus diberi peranan signifikan dalam memulihkan negara ini, bukan sekadar menjadi penumpang sehingga menjejaskan kepentingan Islam dan masyarakat Melayu serta pribumi lain.