Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Mahathir tidak boleh bekerjasama dengan MP Umno disabit kes mahkamah

Mahathir tidak boleh bekerjasama dengan MP Umno disabit kes mahkamah

ARIF ATANMarch 1, 2020 9:16 pm




Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bekerjasama dengan mana-mana Ahli Parlimen Umno yang sedang berdepan kes salahguna kuasa dan rasuah.

Menurutnya, hal itu berbeza dengan Perikatan Nasional yang diketuai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dalam gabungan di bawah Tan Sri Muhyiddin terdapat beberapa Ahli Parlimen yang masih berjalan kes pendakwaan berkaitan pecah amanah dan rasuah.

“Inilah yang menyebabkan Tun Dr Mahathir tidak boleh bekerjasama dengan Ahli Parlimen dari Umno yang mempunyai kes-kes pendakwaan yang sangat jelas.

“Datuk Seri Zahid Hamidi (ada) 74 kes pendakwaan rasuah, pecah amanah. Datuk Seri Najib masih lagi berjalan kes dan saksi pendakwaan jelas menyaksikan penglibatan secara langsung dalam pendakwaan tersebut,” jelasnya dalam rakaman video hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong itu berkata, Pakatan Harapan (PH) masih lagi mempunyai majoriti 112 Ahli Parlimen yang memberi akujanji untuk memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Kita masih memegang 112 kerusi itu adalah majoriti Ahli Parlimen menyokong Pakatan Harapan. Prinsip kami jelas mengangkat mandat rakyat iaitu menolak kerajaan kleptokrasi.

“Inilah yang sering kita katakan kepada rakyat bahawa Malaysia ini perlu dibebaskan daripada perasuah-perasuah,” ujarnya.

Sehubungan itu, Hasnul menyeru rakyat bersama-sama PH yang tetap berprinsip untuk menolak pengkhianat.

“Kerajaan ini ialah kerajaan rakyat. Pilihan rakyat adalah menolak kleptokrasi dan perasuah.

“Mana-mana parti atau pun pimpinan yang mendapat sokongan majoriti, beliau selayaknya diangkat sebagai Perdana Menteri,” tambah Hasnul lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production