Malaysia Dateline

Mahathir ucap selamat tunaikan ibadah haji

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada seluruh jemaah Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci tahun ini.

“Saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada tetamu Allah yang mengerjakan ibadah haji tahun ini.

“Semoga peroleh haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air,” kata beliau dalam catatan di akaun Twitter dan Facebook rasminya.

Kumpulan pertama 483 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pagi ini dengan penerbangan Malaysia Airlines.

Operasi haji tahun ini membabitkan 30,200 jemaah menerusi 62 penerbangan dengan yang terakhir dijadual berlepas pada 4 Ogos.