Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Mahathir vs TMJ: Henti pertelingkahan, utamakan perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kata DAP Johor

Mahathir vs TMJ: Henti pertelingkahan, utamakan perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kata DAP Johor

SITI NUR ZAWANI MISCONMay 7, 2019 2:00 pm




Pertelingkahan antara Perdana Menteri dan Tengku Mahkota Johor (TMJ) boleh ditamatkan sekiranya kedua-dua pihak meletakkan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sebagai fokus utama dalam pentadbiran Malaysia.

Setiausaha Publisiti DAP, Sheikh Umar Ali berkata dalam apa jua keadaan, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang itu mesti dijadikan sebagai neraca dalam pembangunan sebuah negara demokrasi.

Sheikh Omar Ali

Sheikh Omar Ali

“Kita tahu kedudukan institusi raja sangat penting dan dominan di Malaysia, cuma Malaysia berada dalam konteks kedaulatan undang-undang. Jadi semuanya kena duduk dalam neraca keluruhan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kalau benda ini diutamakan, perkara ini (pertelingkahan) dapat dielakkan.

“Kita harap sebarang wacana atau isu yang dibangkitkan tidak akan memberi kesan kepada kepentingan negeri dan negara supaya terus kekal sebagai di kedudukan yang tertinggi.

“Kita menghormati Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia, malah pada masa yang sama, diperingkat negeri Johor, TMJ juga penting yang akan menjadi tonggak kerajaan selepas Sultan Johor. Kita hormat kedua-duanya.

“Jadi apa pun perbalahan atau pertikaian yang berlaku diperingkat Wilayah atau negeri, kita lihat kepentingan kedua-duanya mesti diutamakan,”katanya kepada Malaysia Dateline.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertelingkahan berpanjangan diantara Tun Mahathir dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selepas Tun Mahathir membidas TMJ sebagai seorang budak kecil bodoh dan tidak sepatutnya bercakap perkara yang tidak diketahuinya.

Semalam dalam sidang akhbar yang diadakan di Putrajaya sempena setahun Pakatan Harapan (PH) memerintah, Dr. Mahathir menyifatkan Tunku Ismail sebagai seorang budak kecil bodoh dan tidak tahu apa yang berlaku.

“TMJ is a little boy (TMJ ialah budak kecil)… dia bodoh kerana tidak tahu apa yang berlaku. Jadi jangan cakaplah apabila anda tidak tahu apa yang sedang berlaku,” katanya.

Kenyataan yang dilihat kasar itu dibuat sebagai menjawab kenyataan terbaharu TMJ berhubung perkara baik dilakukan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang tidak dihebohkan khususnya jumlah tanah Sultan Johor yang dikurniakan untuk rakyat dan kebaikan lain.

Sebelum ini, dalam satu hantaran di Twitter, Tunku Ismail bertanya jumlah tanah Sultan Johor telah kurniakan untuk rakyat dan kebaikan lain yang menurutnya tidak dihebohkan.

“Berapa banyak tanah tanah Sultan Johor yang di beri kepada rakyat dan kerajaan sejak dulu hingga ke hari ini? Berjuta duit kurniaan kepada kerajaan? Sultan Johor selesaikan hutang kerajaan masa tahun kedua jadi Sultan. Berapa juta ke yayasan-yayasan? Benda baik tidak di kongsi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production