Mahfuz fail saman terhadap Herman, tuntut gantirugi RM500 ribu

Mahfuz fail saman terhadap Herman, tuntut gantirugi RM500 ribu

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pokok Sena, Datuk Haji Mahfuz Omar semalam (4 Mei 2018) melalui peguam yang dilantik dari Tetuan Abdul Aziz & Yazmin telah memfailkan saman fitnah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap Defendan Helman bin Sanuddin menuntut gantirugi berjumlah RM500 ribu.

Saman fitnah ini adalah bagi kenyataan Defendan yang disiarkan dalam facebook Defendan yang menggunakan nama “Herman Samsudeen” pada 21.4.2018 yang memfitnah Datul Haji Mahfuz Omar ditaja sebanyak RM60 ribu semasa kempen PRU 2008 dan 2013 oleh pemimpin Umno.

Dalam kenyataan fitnah yang sama Datuk Mahfuz turut difitnah ditaja oleh pemimpin Umno sebanyak RM40 ribu semasa melangsungkan perkahwinan anak perempuannya pada 2016.

Saman ini adalah bagi membersihkan nama dan reputasi Datuk Mahfuz daripada kenyataan fitnah tersebut dan melunaskan janji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Defendan.

CATEGORIES