Mahfuz seru ahli Pas tidak bertawakuf, berani buat keputusan PRU14

Mahfuz seru ahli Pas tidak bertawakuf, berani buat keputusan PRU14

Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli Pas  lebih berani untuk menyatakan pendirian mereka untuk memilih  antara Pas dan Pakatan Harapan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, Pas masih dilihat sebagai parti Islam yang kuat tetapi dari sudut politik, ia bukan tandingan Barisan Nasional (BN).

“Saya harap ahli Pas yang mengambil pendirian tawakuf (mendiamkan diri) itu,  supaya pilihan raya kali ini mereka tidak lagi bertawakuf.

“Biarlah merek a kekal dalam Pas tetapi memilih Pakatan Harapan dalam pilihan raya nanti,” ujarnya ketika menjawab pertanyaan media  selepas mengumumkan menyertai  AMANAH hari ini.

Bekas Ketua Penerangan Pas itu menambah, walaupun Pas sering mengatakan 141,111 ahli baru telah menyertai Pas bagi tempoh 2013-2017, namun bagi satu cawangan hanya terdapat penambahan empat ahli baru setahun.

“Oleh itu untuk Pas dilihat sebagai parti politik berkuasa saya fikir Pas tidak mampu untuk membawa perubahan pada masa depan negara kita ini.

“Itu belum dikira di kalangan ahli Pas yang telah menyertai PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu.

“Apatah lagi dikalangan ahli Pas yang masih mengambil pendirian tawakuf ini begitu ramai dalam Pas,” ujarnya.

Hari ini beliau mengumumkan menyertai AMANAH bersama bekas Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakop. Mahfuz turut mengumumkan isterinya Datin Roswati Jaafar dan tiga anaknya (gambar)  turut keluar Pas dan menyertai AMANAH.

Ketika ditanya perasaannya setelah pengisytiharan sertai AMANAH dilakukan dengan disaksikan kepimpinan PH dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu hari ini, beliau mengakui berasa lega kerana tidak dianggap turut bersekongkol dengan Umno-BN oleh rakan-rakan di luar Pas.

“Saya rasa lega, setelah  keluar Pas masa lapang banyak.Saya terlepas daripada beban dianggap sebagai pengkhianat kepada rakyat kerana bersekongkol dengan Pas memberikan tongkat kepada Umno-BN,” ujarnya.

Ahli Pas selama 34 tahun ini turut mendedahkan niatnya untuk menyedarkan pimpinan utama Pas dari dalam, agar menyertai PH tetapi ia tidak kesampaian walaupun usaha ke arah itu dilakukan sendirian selama ini.

“Jadi saya beralih mendekati ahli Pas pula untuk memahamkan mereka agar memberi sokongan kepada Pakatan Harapan walaupun mereka kekal dalam Pas tetapi undi Pakatan Harapan.

“Hari ini berbeza, saya nak seru sekali lagi, jika ada keberanian mereka keluar Pas dan  sertai mana-mana parti dalam PH.

“Saya percaya tidak semua ahli Pas ada keberanian yang sama seperti saya dan rakan-rakan lain yng telah lakukan (keluar parti),” ujarnya.

Beliau yang yakin penyertaannya dalam Amanah akan dapat membantu parti serpihan Pas itu dan Pakatan Harapan untuk menang pilihan raya dan menumbangkan kerajaan Umno-BN pada pilihan raya.

“Saya fikir tidak cukup kekuatan seorang diri, gandingan semua pihak boleh membantu kemenangan Pakatan Harapan.

“Saya ada usaha kecil untuk membantu AMANAH dan PH untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang,” ujarnya yang sudah pasti akan mengekalkan kerusi disandangnya di Pokok Sena sebagai calon pada PRU-14 akan datang.

Baca: Mahfuz umum sertai AMANAH

8.6
OVERALL SCORE
: 7.0
4 user votes x 9.0
CATEGORIES
TAGS