Malaysia Dateline

Mahfuz yakin Karim menang di Kimanis

Naib Presiden Parti AMANAH Negara, Datuk Mahfuz Omar melahirkan keyakinan bahawa calon dari Parti Warisan Datuk Karim Bujang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis kali ini.

Beliau berkata, ini berdasarkan penelitian ketika turun membantu Karim di sekitar kampung dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bongawan dan Membakut.

“Saya berpendapat dia (Karim) mampu menang pada PRK Kimanis ini berdasarkan penerimaan masyarakat dan para pengundi dalam ativiti dan program yang diadakan.

“Ini ditambah lagi, karektor Karim yang sentiasa mendekati dan bertanya khabar kepada pengundi di sini,” ujar beliau ketika ditemui pada Program Sukaneka bersama penduduk di Kampung Tanjung Giuk di sini hari ini.

Mahfuz ketika turun membantu Karim di sekitar kampung dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bongawan dan Membakut hari ini.

Mahfuz yang telah ‘berkampung’ selama tiga hari ini di Kimanis berkata, Karim merupakan seorang pemimpin yang sentiasa bekerja keras dalam mencapai misi perjuangan untuk rakyat di Kimanis

Selain itu katanya, Karim juga bukanlah seorang yang asing kerana pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kawasan ini.

“Ketika program mengedar risalah parti pagi tadi Pasar Tamu Membakut, saya tengok ramai yang menegur dan merakamkan ganbar bersama beliau.

“Karim merupakan seorang yang peramah dan mudah mesra.Sebab itu beliau amat disenangi masyarakat di Kimanis,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pengundi-pengundi di Parlimen Kimanis memilih calon Warisan itu sekali gus menang dengan majoriti yang besar Sabtu ini.

“Saya menyeru kepada para pengundi di Kimanis agar keluar beramai-ramai mengundi dan memilih Karim sebagai mewakili suara masyarakat dan penduduk di sini Sabtu ini,” tambahnya.

Pada PRK kali ini, Parti Warisan Sabah (Warisan) mengumumkan Ketua Bahagian Warisan Kimanis, Datuk Karim Bujang, 67, sebagai calon parti berkenaan.

Barisan Nasional (BN) pula mempertaruhkan Ketua Umno Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, 48, sebagai calon mereka.

Karim merupakab calon Warisan bagi PRK Kimanis kali ini dan PRU14 lepas namun kalah dengan majoriti 156 undi kepada bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, yang ketika itu bertanding atas tiket BN.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 1 Disember lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Anifah bagi kerusi itu.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Anifah memperolehi 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru. Calon lain daripada Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail pula meraih 1,300 undi.

Daftar pemilih bagi PRK Parlimen Kimanis merangkumi 29,664 pengundi yang terdiri daripada 29,654 pengundi biasa, sembilan pengundi awal .