Malaysia Dateline

Mahiaddin lebih takut hadapi matematik, bukan Covid-19 di Parlimen

Saya tidak jangkakan sebarang masalah dengan semua Ahli Parlimen menghadiri sidang Parlimen pada hari Isnin ini, kerana Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin boleh mengisytiharkan sebuah darurat yang gagal melawan Covid-19 tetapi beliau tidak boleh untuk berhadapan dengan malu “matematik” baharu beliau di mana 220 lebih besar dari 300.

Semalam, Muhyiddin telah menyertai jemaah seramai 300 orang untuk melakukan sembahyang Hari Raya Aidiladha di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Kapasiti penuh kehadiran semua Ahli Parlimen adalah 220 orang, dan sudah tentunya 220 ini lebih sedikit daripada 300 orang, terutamanya memandangkan semua Ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen telah diberikan vaksin.

Saya tidak pasti mengapa Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat, Rashid Hasnon, bercakap mengenai had kehadiran Ahli Parlimen kepada 80 orang, sedangkan semua Ahli dan kakitangan Parlimen telah divaksin.

Apa-apa pun, perkara ini menjadi kemuncak ironi mengenai bagaimana potensi pencapaian negara kita telah mencapai tahap terendah, di mana kita pada suatu masa dahulu di pertengahan tahun sembilan puluhan, merupakan perintis era teknologi maklumat dengan konsep Koridor Raya Multimedia (MSC) dan sepatutnya menjadi negara pertama yang melaksanakan sidang Parlimen secara maya — tetapi kita telah ketinggalan jauh di belakang negara lain yang bermula lebih lambat.

Yang di Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah, perlu menjelaskan mengapa negara kita telah mundur ke belakang sebegitu teruk dalam perkara ini.

Persoalan yang lebih penting sekarang adalah untuk memastikan sidang Parlimen pada hari Isnin memenuhi dua matlamat: pertamanya, memenuhi kesimpulan Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja Melayu dan Yang di Pertuan Agong pada 16 Jun untuk membahaskan Proklamasi Darurat, Ordinan Darurat, dan Pelan Pemulihan Negara, dan kedua, untuk membawa perubahan dalam perang melawan Covid-19.

Kerana inilah saya mencadangkan supaya mesyuarat Kabinet hari ini menetapkan matlamat untuk persidangan khas Parlimen pada hari Isnin akan datang ini, di mana Perdana Menteri memimpin apabila Parlimen bersidang, untuk mengubah nasib negara dalam perang melawan Covid-19 dengan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dengan gabungan di setiap peringkat masyarakat untuk mengawal penularan Covid-19, menggunakan “Rancangan Pemulihan daripada Covid-19” yang dicadangkan Rancangan Tindakan Kecemasan Kesihatan (HEAP).

Perdana Menteri sepatutnya minta Parlimen untuk mengesahkan cadangan HEAP berasaskan tiga garis panduan berikut:

  •  Kepercayaan dan ketelusan amatlah penting dalam usaha melawan pandemik ini
  • Perlu ada pendekatan melibatkan keseluruhan masyarakat
  • Kita memerlukan penyelesaian yang tidak berasaskan sekatan pergerakan.

HEAP telah memberikan amaran yang kita belum melihat situasi yang terburuk dengan pandemik ini lagi.

Marilah jadikan persidangan Parlimen ini satu usaha untuk mendapatkan perpaduan, keazaman, dan komitmen semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, agama, kawasan, mahupun politik, untuk menamatkan waktu terburuk pandemik Covid-19 di Malaysia memandangkan kita sudah pun melihat korban nyawa yang amat tinggi, dengan 7,241 kematian dan juga secara purata tiga kejadian bunuh diri setiap hari.