Malaysia Dateline

Mahiaddin masih berharap dilantik semula jadi PM

Tan Sri Mahiaddin Md Yassin masih berharap beliau dilantik semula menjadi Perdana Menteri tetapi melalui sistem demokrasi berparlimen.

Kata Presiden Bersatu itu, pelantikan seorang Perdana Menteri harus bersandarkan peruntukan dalam Perlembagaan di mana mesti mempunyai sokongan majoriti dari keseluruhan Ahli Parlimen.

“Saya harap saya dapat kekal, tapi di bawah sistem demokrasi berparlimen, lantikan seperti jawatan perdana menteri ini bersandarkan peruntukan dalam perlembagaan,” lapor Malaysiakini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tersebut berkata demikian kepada editor media arus perdana setelah mengundurkan diri petang semalam.

Namun, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata kini terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mencari pemimpin yang mempunyai majoriti mengikut prosedur Perlembagaan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media mengenai kemungkinan dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Well, let’s see. Sepatutnya tidak berlaku macam ini ‘kan.

“(Tapi) saya percaya, sebelum saya berhenti ini, sayalah Perdana Menteri waktu itu yang mempunyai ‘majoriti’ (sokongan undi yang terbesar, meski tidak meraih majoriti),” katanya.

Mahiaddin juga mempunyai maklumat bahawa tiada sesiapa yang mempunyai sokongan tertinggi berbanding dirinya.

Bahkan, dakwanya, Ahli Parlimen lain turut mendakwa terdapat dalam kalangan mereka memperoleh majoriti tetapi tidak pernah dapat membuktikannya.

“Pernah juga (ada) satu Ahli Parlimen satu ketika itu dia pergi kata dia ada ‘convincing and formidable’ (majoriti yang kukuh dan meyakinkan), tapi kebelakangan ini tidak dengarlah.

“Kami ahli politik, ada maklumat sendiri. Tak ada sesiapa yang mempunyai sokongan tertinggi berbanding saya,” tambahnya.

Muhyiddin mendakwa “ramai rakyat Malaysia” yang ingin dia kekal sebagai Perdana Menteri, namun dia harus mematuhi demokrasi berparlimen.