Malaysia Dateline

Mahiaddin pakar pengkhianat

Kalau 1MDB punca Muhyiddin dipecat dari Umno, sudah lama dia dipecat. Tetapi Muhyiddin dipecat kerana dia naik pentas DAP untuk memburukkan parti.

Peliknya Muhyiddin guna isu orang Melayu tolak DAP untuk jatuhkan Tun M melalui langkah Sheraton. Itu bukti Muhyiddin pakar khianat dan suka mengkhinat.

PN adalah perangkap Muhyiddin untuk khianat Umno. Dia gagal kerana Umno tolak PN justeru tidak masuk perangkapnya. PAS hanya tunggu masa untuk dikhianati.

Masa MKT mesyuarat untuk pecat Muhyiddin, Najib dan Zahid diminta keluar. Hishamuddin mempengerusikan mesyuarat. Keputusan adalah konsensus supaya Muhyiddin dipecat.

Dr Latif Ahmad yang cadang Hishamuddin jadi Pengerusi mesyuarat itu. Bahkan Muhyiddin mengaku dalam mesyuarat MKT pada 9.9.2015 wujud konspirasi untuk jatuhkan Najib. Rupanya betul.

Dia kata Najib memalukan negara. Apakah menggantung Parlimen dan istihar darurat tidak malukan negara. Negara lain tak buat. Angka covid terus mencanak.