Malaysia Dateline

Mahkamah akan putuskan kes Rafizi NFC hari ini

Mahkamah akan membuat keputusan perbicaraan bagi kes Rafizi Ramli dan NFC hari ini.

Dalam kes berkenaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Johari Mohamad (bekas kerani Public Bank) dituduh membocorkan maklumat kewangan ahli keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan beberapa syarikat milik mereka.

Dakwaan dibuat di bawah Akta Bank & Institusi Kewangan (BAFIA).

Keputusan akan dibacakan oleh Hakim Zamri Bakar sekitar jam 930 pagi ini di Mahkamah Sesyen (Jenayah 3), Tingkat 8, Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Hukuman maksimum di bawah akta tersebut ialah penjara 3 tahun, atau denda RM3 juta atau kedua-duanya sekali.

Jika dijatuhkan hukuman bersalah (cenderung ke arah itu), ada beberapa kemungkinan hukuman yang dijatuhkan:

1 Penjara (lebih setahun) tetapi dibenarkan “stay of execution” dan tidak berjalan sehingga selesai proses rayuan.

2) Penjara (lebih setahun) dan tidak dibenarkan “stay of execution”, maka hukuman penjara berjalan serta-merta.

3) Penjara (lebih setahun) dan denda (mungkin RM300,000 ke atas). Hukuman penjara dibenarkan “stay of execution”, tetapi denda perlu dibayar serta-merta.