Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar ganti rugi berjumlah lebih RM1.35 juta kepada Lim Guan Eng kerana didapati bertanggungjawab memfitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kewangan itu.
Kenyataan fitnah berkas Perdana Menteri itu adalah berhubung kenyataan mendakwa Guan Eng menyalah guna kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri agar mengenakan cukai serta penalti terhadap Yayasan Albukhary.
Pada 27 Mac tahun lepas, Guan Eng memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di Facebook yang melibatkan beliau berhubung isu tersebut pada 9, 11 dan 12 Mac 2023.
Laporan berhubung isu itu kemudian diterbitkan oleh beberapa akhbar dan portal berita.
Lanjut menyusul
baca: Hampir 2 juta rakyat Malaysia bijak pandai berhijrah ke luar negara untuk gaji lebih baik – Data