Malaysia Dateline

Mahkamah kekalkan denda RM1,500 Nik Nazmi

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan denda RM1,500 diputuskan Mahkamah Tinggi ke atas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad bagi kesalahan menganjurkan perhimpunan Black 505 tanpa permit pada 2013.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Wira Mohtarudin Baki, Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan untuk menaikkan jumlah denda itu.

Hakim Mohtarudin yang mempengerusikan panel itu berkata tiada sebarang merit dalam penghujahan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai.

Denda RM1,500 diputuskan Mahakamh Tinggi tidak semestinya tidak memadai,” katanya.

Beliau berkata Nik Nazmi, sebagai wakil rakyat yang dipilih, tidak sepatutnya bertindak membelakangkan undang-undang.

Berikutan keputusan mahkamah itu, Nik Nazmi layak untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang. Kelayakan beliau untuk bertanding dalam PRU14 akan terlucut sekiranya denda dinaikkan kepada lebih RM2,000.

Perkara 64(1)(e) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menetapkan seseorang itu lucut kelayakan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri sekiranya beliau disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara bagi tempoh tidak kurang daripada setahun dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 tanpa mendapat pengampunan.

Nik Nazmi, 35, didenda RM1,500 atau penjara dua minggu jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 8 Dis, 2016 selepas beliau mengaku salah terhadap pertuduhan gagal memaklumkan ketua polis daerah Petaling Jaya dalam tempoh 10 hari sebelum menganjurkan perhimpunan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada 8.30 malam pada 3 Mei 2013.

Beliau membayar denda itu.

Dalam hujahannya, Mangai mendesak bagi denda itu dinaikkan kepada RM5,000 , menyatakan jumlah RM1,500 adalah tidak memadai dan kepentingan awam hanya terpelihara sekiranya jumlah denda dikenakan berbentuk pengajaran.

Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi semasa mengenakan jumlah denda itu tidak harus menimbangkan sama ada

Nik Nazmi, yang juga anggota majlis eksekutif Selangor akan kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri diwakilinya.

Peguam Syahredzan Johan yang mewakili Nik Nazmi pula berhujah hakim Mahkamah Tinggi telah mempertimbangkan semua faktor sebelum menjatuhkan hukuman ke atas Nik Nazmi.

Beliau berkata dengan mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu,

Nik Nazmi menerima hakikat bahawa beliau telah melakukan kesalahan dan mengakui kesilapan dibuatnya.