Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Mahkamah kekalkan kemenangan BN di Jasin

Mahkamah kekalkan kemenangan BN di Jasin

Oleh BERNAMAJune 12, 2019 8:46 pm




Datuk Seri Ahmad Hamzah kekal sebagai anggota Parlimen Jasin selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen difailkan calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Hakim Abu Bakar Jais memutuskan sedemikian selepas mendapati Khairuddin selaku pempetisyen gagal membuktikan elemen ketidakpatuhan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 telah menjejaskan keputusan pilihan raya itu.

“Peruntukan di bawah Seksyen 32 (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memerlukan (ketidakpatuhan) ini dibuktikan. Memandangkan pempetisyen bergantung pada alasan ini, ia tidak boleh dipertikaikan. Ia harus dibuktikan bahawa ketidakpatuhan telah mempengaruhi keputusan dan (dalam hal ini) ia tidak terbukti.

“Lebih-lebih lagi, tiada ejen pengundian dan calon yang membantah apabila undian dikira dan mereka dengan sepenuh hati menerima keputusan pilihan raya itu. Mereka melihat sendiri setiap undi yang diberikan kepada calon,” katanya.

Abu Bakar memerintahkan Khairuddin membayar kos berjumlah RM400,000 iaitu RM200,000 kepada Ahmad selaku responden pertama manakala RM200,000 kepada responden kedua, Pegawai Pengurus Pilihan Raya kerusi Parlimen Jasin, Zamrud Yahya serta responden ketiga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Seramai 44 saksi memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang mengambil masa 25 hari.

Khairuddin ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata beliau tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu dan akan terus bekerja demi kebajikan rakyat di Jasin.

Ahmad pula bersyukur dengan keputusan yang memihak kepadanya dan tekad untuk terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di kawasan tersebut.

Pada PRU14 lalu, Khairuddin tewas kepada Ahmad dengan perbezaan 219 undi dalam pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan Ahmad mempertahankan kerusi itu selepas menerima 26,560 undi manakala Khairuddin memperoleh 26,341 undi sementara calon Pas Abd Alim Shapie mendapat 8,860 undi.

Khairuddin yang memfailkan petisyen pilihan raya itu pada Jun tahun lepas memohon perintah supaya keputusan PRU14 bagi kerusi Parlimen Jasin batal dan tidak sah mendakwa ahli politik BN itu dipilih secara tidak sah dan pilihan raya baharu perlu diadakan.

Khairuddin diwakili peguam V. Muniandy sementara peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Ahmad dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili pegawai pengurus pilihan raya Zamrud Yahya serta SPR.

— BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production