Malaysia Dateline

Mahkamah London pula cerita pasal 1MDB

Dalam judgement yang diberikan oleh YA Hakim Andrew Baker (lebih kurang 51 mukasurat) antara lain, dia ada habaq nama YB PEKAN dan ada habaq juga perkataan KLEPTOKRASI.

Antara lain, hakim Mat Saleh tu habaq:

” …Mr Najib is Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, the former Prime Minister and Minister of Finance of Malaysia, whose alleged involvement in what is said to have been kleptocracy on a massive scale is the background to this claim. “.

Di bawah tajuk “the 1MDB affair” dalam penghakiman bertulis dia, hakim di London itu juga habaq, antara lain :-

“The 1MDB affair involving ( as alleged ) the dishonest siphoning off over US$6 billion from 1MDB for the personal benefit of various individuals including Mr Najib and his stepson, Raja Shariz bin Abdul Aziz ( ” Mr Aziz” ), has been a huge scandal in Malaysia.”….

Dia juga habaq…

” …to a substantial and remarkable degree of depth and detail, the 1MDB affair has been in the public domain worldwide since 2015, thanks to the effort inter alia the Wall Street Journal in breaking and covering the story and to a series of highly publicised civil enforcement actions brought by the US Department of Justice ( “DoJ” ), claiming to freeze or seize assets said to have been acquired in the US using the proceeds of funds diverted from 1MDB. “…

Hebat. Di negara lain, mahkamah di sana pi habaq pasai skandal mega 1MDB dan pasai YB Pekan.

Di negara yang mana 1MDB mula berasal, orang kuat 1MDB diberi layanan, seperti kata Tun “banduan VIP! “. Cayalah!

Malaysia boleh!

Saya agak familiar tentang kes ini sebab masa itu saya di bawah JPM (undang-undang) . Pada masa itu ada perancangan, InsyaAllah nak ke London untuk jumpa peguam QC yang mengendalikan kes itu bagi pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH). Tak dan nak gi, depa pi tebuk atap pulak!