Malaysia Dateline

Mahkamah tetapkan 10 Nov tentukan pembubaran DUN Melaka sah atau tidak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 10 November (Rabu ini) untuk memberikan keputusan terhadap permohonan mencabar keputusan pembubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka samada ia sah atau tidak..

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin menetapkan tarikh penghakiman itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Razlan Hadri yang mewakili Adly Zahari dan peguam kanan persekutuan S Narkunavathy.

Narkunavathy mewakili empat responden dalam kes itu iaitu bekas ketua menteri Melaka Sulaiman Md Ali, bekas speaker DUN Ab Rauf Yusoh, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam.

Hari ini, penamaan calon bagi pilihan raya Melaka, dengan pengundian pada 20 Nov. 112 nama calon diterima untuk bertanding dalam PRN ini.

Pada 22 Okt lepas, Adly memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan pembubaran DUN.

Hari ini, ditetapkan untuk pendengaran di hadapan Noorin mengenai permohonan ahli politik itu untuk kebenaran meneruskan semakan kehakiman.

Kesahihan nasihat Sulaiman

Pada 4 Oktober, empat Adun yang diketuai oleh Adun Umno Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, mengumumkan keputusan mereka untuk menarik balik sokongan kepada Sulaiman.

Tiga yang lain ialah Datuk Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).