Mahkamah Tinggi bebaskan Khalid Samad dari dakwaan Akta Hasutan
Khalid dan Faiz bercakap kepada media selepas dibebaskan dari dakwaan kes di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Mahkamah Tinggi bebaskan Khalid Samad dari dakwaan Akta Hasutan

Mahkamah Tinggi mengesahkan pembebasan Khalid Abdul Samad dari dakwaan di bawah Akta Hasutan apabila membebas dan melepaskan beliau hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Yang Arif Mohd Nazlan Bin Mohd Ghazali membebaskan dan melepaskan Menteri Wilayah itu apabila pihak pendakwa menarik balik rayuan mereka.

Pihak pendakwaan telah menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini yang membebaskan Khalid atas representasi yang dibuat oleh peguambela dari Faiz Fadzil & Co.

Khalid Samad telah didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan berkaitan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 7 Jun 2018 lalu mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan telah membebaskan dan melepaskan Khalid Samad daripada pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Puan Nur Ashikin Binti Mokhtar dan Khalid Samad diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil.