Mahkamah Tinggi putuskan Selangor tidak dibenarkan periksa balas Pengerusi SPR

Mahkamah Tinggi putuskan Selangor tidak dibenarkan periksa balas Pengerusi SPR

Selangor membuat permohonan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu ditolak Hakim Mahkamah Tinggi hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan, menolak permohonan kerajaan negeri untuk melakukan pemeriksaan balas berhubung isu 136,272 pengundi tanpa alamat, selepas memutuskan isu itu boleh dibangkitkan tanpa perlu memanggil Mohd Hashim.

Azizul bagaimanapun membenarkan permohonan Selangor untuk menangguhkan keputusan itu sementara ia mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memohon perisytiharan, cadangan persempadanan semula berdasarkan kajian SPR pada 2016, tidak mematuhi perlembagaan dan tidak selaras Fasal 2(c) dan 2(d) Perkara 113 (2) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga memohon perisytiharan, kegagalan SPR menggunakan rang daftar pemilih terbaharu dalam urusan persempadanan semula itu adalah melanggar perlembagaan, tidak selaras dengan Seksyen 3 Jadual Ketiga Belas perlembagaan.

Kerajaan negeri mengemukakan alasan bahawa SPR bertindak bertentangan dengan perlembagaan, tidak wajar dan tidak rasional berlandaskan Perkara 113(2) perlembagaan. Sehubungan itu, ia memohon perisytiharan bahawa cadangan persempadanan semula bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu, batal dan tidak sah.

COMMENTS

Wordpress (0)