Malaysia Dateline

Mahkamah Tinggi tetapkan 25 September dengar cabaran Zunar

Kerajaan Malaysia mengenakan larangan perjalanan terhadap Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Zunar sejak Jun 2016.

Ini sejurus selepas beliau menerima “Anugerah Cartoonist untuk Keamanan 2016” yang dikemukakan oleh Kofi Annan di Geneva.

Cabaran itu difailkan pada 7 Disember tahun lalu.

Sebagai rekod pada 14 April lalu Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada permohonan Zunar bagi mencabar larangan ke luar negara yang dikenakan ke atas beliau sejak Oktober tahun lalu.

Ini kerana ia bertentangfan dengan Artikel 5(1) yang mana kebenaran itu adalah langkah perundangan pertama sebelum cabaran sebenar boleh dibuat.

Zunar,54, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi melalui peguamnya, N Surendran dan Melissa Sassidaran.

Pada 17 Oktober lalu, Zunar ditahan pegawai Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika hendak berlepas ke Singapura untuk menghadiri sebuah forum.

Tanpa menyatakan alasan kukuh, pegawai tersebut memaklumkan arahan larangan tersebut dikeluarkan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar sejak 24 Jun tahun lalu.