Malaysia Dateline

Mahkamah tolak saman pegawai khas PM ke atas peguam, diarah bayar kos RM10,000

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak saman yang difailkan Pegawai Khas Perdana Menteri, Kamarul Zaman Yusoff terhadap peguam, Zulhazmi Shariff.

Kamarul selaku plaintif telah memfailkan saman pada 29 Julai 2021 berkaitan satu hantaran yang disiarkan di Facebook Zulhazmi pada 28 April 2021 dan pada 30 April 2021.

Dalam kes ini, Zulhazmi tidak mewakili mana-mana peguam dan beliau mewakili dirinya sendiri.

Setelah melalui perbicaraan penuh beberapa kali dengan pihak plaintif memanggil empat saksi, hari ini hakim telah mengarahkan plaintiff membayar sejumlah RM10,000 kepada defendan.

“Keputusannya tuntutan plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM10,000.

“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas rahmatMu,” tulisnya di Facebook.

Untuk rekod, Kamarul pernah membuat laporan polis terhadap Zulhazmi selepas Zulhazmi memuatnaik satu hantaran bagi memberi panduan kepada mana-mana pihak yang mahu membuat laporan polis ke atas Kamarul.

Hantaran Zulhazmi itu dimuatnaik selepas Kamarul didakwa membuat hantaran yang mempertikaikan Raja Muda Perlis di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 (Akta 589).

Baca juga: Baru 5 hari dibaiki, remaja selamba rosakkan eskalator di stesen LRT Sri Rampai

Baca juga: Majlis perkahwinan paling aneh! Kucing dikahwinkan, siap ada kad jemputan dan saksi lagi