Semangat seorang wanita yang berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan ini tidak pernah luntur walaupun dikurniakan adik penghidap autisme.
Mempunyai masalah gangguan perkembangan neuro, wanita itu bertekad mahu melayan adiknya seperti manusia biasa.
Malah, kakak yang dikenali sebagai Humey Eraa itu gigih mencuba pelbagai cara untuk mendidik adiknya menjadi sosok yang berdikari.
Tidak berniat untuk mengabaikan, Hemey mahu adiknya mempunyai kemahiran sebagai persediaan sekiranya dia tiada lagi di dunia.
Oleh sebab itulah, Humey bertekad untuk membuka ‘Kedai Seringgit’ di hadapan rumah bagi mengasah kemahiran berniaga adiknya.
Sebagai permulaan, semua barangan yang dijual di dalam kedai itu ditawarkan dengan harga serendah RM1 untuk seunit.
Menjual makanan ringan, Humey atau nama sebenarnya Humaira telah menyediakan satu sistem penyimpanan rekod yang mudah buat adiknya.
Menggunakan kotak jadual, adiknya dapat memasukkan data jualan yang tepat dengan hanya menandakan simbol tick (/) sahaja.
“Saya buatkan rekod jualan guna tick (/) untuk mudahkan pengiraan. Tick berwarna pula untuk bayaran tunai/tanpa tunai.
“Semoga dapat memberi semangat dan inspirasi untuk ibu-ibu atau ahli keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa ini.” Kongsinya.
Difahamkan, adiknya tidak dihantar ke asrama semenjak ibu mereka meninggal dunia kerana gadis itu berubah menjadi cepat sensitif dan mudah meragam.
Baca juga: Bukan ‘marketing’, Aliff Syukri jual durian RM5 sekilogram untuk bersedekah?