Semasa pelancaran jentera Perikatan Nasional (PN) di PRN Johor, secara terbuka Mahiaddin Yasin sebagai mantan Perdana Menteri dan Pengerusi PN menyebut akan membocorkan kedudukan kewangan negara.
Mahiaddin mungkin tidak pergi sekolah bagaimana menjadi Menteri atau Perdana Menteri. Jangan bercakap tidak pakai otak.
Bagi sesetengah orang, percakapan Mahiaddin Yasin itu hanya cakap politik. Tetapi itu bukan cakap politik. Itu melanggar sumpah memegang jawatan Perdana Menteri dahulu yang itu sumpah menyimpan rahasia.
Semasa dilantik sebagai penjawat awam, saya juga menandatangani surat menyimpan rahsia.
Antara yang dikatakan oleh pegawai yang di depannya saya menandatangani, jangan bercakap soal kerja dan apa yang kamu tahu, sama ada kamu baca dan kamu dengar kepada orang lain.
Dalam bacaan Mahiaddin Yasin di depan Yang di-Pertuan Agong ialah akan menyimpan rahasia apa yang dizahirkan dan dimakluman kepadanya sebagai Perdana Menteri.
Mahiaddin Yasin berkata bahawa dia meminta Menteri Kewangan melaporkan soal kedudukan kewangan negara. Tentu laporan yang diberi oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul bukan terbuka sebaliknya sulit dan terhad.
Jika Mahiaddin Yasin menyebutkan di tempat terbuka berdasarkan apa yang dimaklumkan kepada Menteri Kewangan, dia boleh dituduh dibawah Akta Rahsia Rasmi.
Maka rakyat boleh mencabar Mahiaddin Yasin sebutkan secara terbuka akan kedudukan kewangan negara berdasarkan fakta surat laporan dari Menteri Kewangan.