Mahu buktikan diri bukan ‘biawak hidup’ adik lelaki Shila Amzah terbang ke China cari kerja

Oleh WAN SITI AMINAH

Adik lelaki kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Amir Syafiq kembali menyita perhatian selepas membuat satu perkongsian di akaun TikTok miliknya.

Setelah menerima gelaran biawak hidup daripada orang ramai, Amir Syafiq Amzah mendedahkan bahawa dirinya menaiki penerbangan ke China pada Sabtu lalu.

Difahamkan, perkongsian itu dibuat bagi membuktikan kepada pengikutnya bahawa dirinya mempunyai pekerjaan dan bukanlah biawak hidup seperti yang didakwa.

Menurut Amir Syafiq, dia dijadualkan untuk menaiki penerbangan ke China pada 19 Oktober lalu namun terpaksa ditangguhkan selepas keluarganya dihimpit kontroversi.

“Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan usia. Syukur, hari ini menaiki penerbangan ke China. Sepatutnya 19 hari bulan (ke China). Terpaksa tangguhkan penerbangan.

“Disebabkan fitnah dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, menyebabkan tergendala kerja. Alhamdulilah, hari ini Allah bagi jalan untuk terus bekerja,” katanya.

Tanpa memberi penjelasan mengenai perkerjaannya di China, Amir Syafiq Amzah sempat berterima kasih kepada mereka yang memfitnah keluarga dan kekasihnya, Eiza.

@_benamir

Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan usia. Syukur. Hari ni fly ke china. Terpaksa delay flight. Patut 19hb hari tu. Di sebabkan fitnah dr pihak2 yg tidak bertangungjwb, menyebabkan tergendala kerja. Alhamdulilah. Hari ni Allah bg jalan utk terus bekerja. Segala dugaan yg berlaku pasti ada hikmahnya. Terima kasih pada semua yg telah fitnah kami(Saya,Mak,Syada and Eiza). Saya memaafkan anda semua. Semoga Allah buka pintu hati kalian untuk lebih menilai diri sendiri sebelum menilai org lain. Dan juga, sila lah cari ibu/mak/bonda/umi anda semua dan minta maaf minta ampun pada mereka, sebelum terlambat. #allahmahamengetahui #percayapadaqadadanqadar #doaibutiadahijab #rezeki_allah #janganacahsuci #hentikanfitnah

♬ Thank You Allah – Maher Zain

Anak lelaki kepada penyanyi ND Lala itu turut mendoakan agar Tuhan membuka hati pengikutnya untuk melihat diri sendiri dahulu sebelum bertindak menilai orang lain.

“Segala dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya. Terima kasih pada semua yang telah memfitnah kami (saya, mak, Syada and Eiza). Saya memaafkan anda semua.

“Semoga Allah buka pintu hati kalian untuk lebih menilai diri sendiri sebelum menilai org lain,” kata Amir yang sebelum ini mengaku bekerja di belakang tabir industri seni.

Dalam perkongsian terbaharu, Amir Syafiq Amzah memaklumkan bahawa dirinya kini terbuka untuk menerima tempahan bagi membawa masuk barang daripada China.

Terdahulu, kemelut dalam keluarga Shila mula terdedah selepas adiknya, Syada Amzah mendakwa dihalau keluar susulan daripada penjualan banglo milik kakaknya.

Kemelut tersebut berlarutan apabila Amir Syafiq Amzah mendedahkan bahawa Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum bertindak menjual banglo tersebut.

Isu kian memanas apabila bekas isteri Amir iaitu Nurul Anis Waheeda tampil membongkarkan bahawa lelaki itu hanyalah biawak hidup selama mereka berkahwin.

Baca juga: Muncul dengan pakai korset, netizen akui pelik dengan gaya terbaru Aizat Amdan, dah macam Sam Smith