Penganalisis Geopolitik Dr Azmi Hassan berkata bagi menghidupkan serta memperkasakan Muafakat Nasional (MN) yang dibina atas nama perpaduan ummah bukan menukar Presiden Umno sepatutnya Presiden Pas.
Dr Azmi berkata, Presiden Umno yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menubuhkan MN ketika Pas dan Umno jadi pembangkang ditambah pula Presiden Umno ditekan hebat dalam Umno sendiri supaya jangan bekerjasama dengan Pas namun presiden Umno tekad meneruskan rancangan beliau.
“Maknanya kemudi atau pilot itu sudah betul dalam Umno.
“Untuk menghidupkan MN bukan tukar kemudi Umno sepatutya Pas, sebab saya lihat yang menjadi masalah adalah kepimpinan Pas,” kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam satu dialog bertajuk ‘Tukar Nakhoda Umno untuk MN?” yang disiarkan secara langsung di Sumberkini.
Mengulas lanjut, Azmi tidak dapat menganggap apa yang menyebabkan mereka ‘liat’ sangat hendak masuk MN dan sayang sangat dengan Bersatu.
“Memang kita faham dengan keadaan mereka tidak akan mengkhinati Bersatu tetapi di Sarawak sudah jelas Pas telah mengkhianati Bersatu itu sendiri.
“Orang kata jangan bertanding Pas tetap bertanding,” kata beliau.
Beliau juga tidak faham strategi Pas dan menyifatkan mereka hanya melihat kepada keuntungan janga pendek sahaja sebab jangka panjang adalah PRU15 yang bukan sahaja untuk Umno, Pas dan Bersatu tetapi kepentingan Ummah dan orang Melayu itu sendiri.