Mahu lebih banyak doktor, Alicia Amin sokong bapa cadang pelajar bukan Bumiputera masuk UiTM

Oleh MAISARAH AISYA

Isu mahu kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) bukanlah satu perkara baru.

Namun disebabkan kurangnya pelapis doktor kini, ramai mula mencadangkan ia semula namun mengkhususkan buat kursus pengajian pascasiswazah.

Bapa kepada model Alicia Amin, Prof. Dr. Raja Amin Raja Mokhtar mengakui kekurangan doktor dan jururawat di pusat kesihatan kerajaan sedang jadi isu lapor Kosmo! Online.

“Bapa saya bukan seorang yang rasis. Beliau percaya dengan peluang sama rata.

“Sesuatu benda itu memperjuangkan siapa-siapa (tanpa mengenal warna kulit atau kaum), itu yang beliau perjuangkan. Malaysia perlukan doktor yang mencukupi sekarang ini.

“Bapa saya faham perlembagaan negara macam mana. Kenapa UiTM itu ditubuhkan, kenapa klausa atau peruntukan perlembagaan itu wujud untuk melindungi hak Bumiputera.

“Bapa saya faham semua itu, dan beliau ada idealoginya yang tersendiri,” ujarnya seperti dipetik Kosmo! Online.

Bapa sanggup pindah berkhidmat dari swasta ke kerajaan

Tambahnya kehidupan mereka sekeluarga berubah sepenuhnya selepas bapanya memilih untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan.

“Beliau buat apa yang seorang doktor lakukan iaitu menyelamatkan nyawa. Dalam erti kata lain, memastikan negara sentiasa memiliki doktor yang mencukupi.

“Bapa saya berpindah dari sektor swasta ke sektor kerajaan, tidak fikir tentang wang hanya untuk berkhidmat untuk kerajaan.

“Kalau anda nak tahu, kerja swasta berbanding kerajaan, duit (gaji) tersangatlah berbeza.

“Dulu kami hidup T20 (mewah) tapi apabila saya meningkat remaja, saya macam tidak lagi hidup semewah dahulu. Itu pengorbanan bapa saya sebagai seorang doktor,” jelasnya.

Baca juga: Akui rumah tangga bergolak, Nora Danish mengaku tak tinggal bersama, tiada isu orang ketiga