Malaysia Dateline

Mahu sejukkan badan? Boleh cuba minum rendaman ini legakan demam panas

Jika anda mahu sejukkan badan, boleh cuba petua orang dulu-dulu ini dengan minum rendaman beras sangai.

Menurut Ameera, petua tersebut sangat baik untuk melegakan demam panas.

“Gorengkan segengam beras sehingga kekuningan.

“Ambil air suam masukkan beras tadi ke dalam jag berisi air.

“Minum selepas beras itu tengelam ke bawah.

“Bagus untuk sejukkan badan yang panas,” katanya.

Dalam masa sama, warga maya turut menambah bahawa petua sama juga baik untuk diamalkan jika diserang penyakit cirit-birit.

“Saya pun masih amalkan petua ini. Lagi satu, kalau kita asyik buang air besar je, pun boleh buat beras sangai ini tapi sampai hitam, baru tuang air lepas tu, minum.

“Kalau kami guna untuk yang sakit perut, cirit-birit. Minum je ni, berhenti cirit. InshaAllah,” antara perkongsian netizen.

Sementara itu, pengguna Facebook, Noorhidayah Khairuddin berkongsikan petua yang diamalkan neneknya di Perak atau dipanggil Opah.

“Opah saya ajar memang berkesan untuk demam panas atau tak sedap badan.

“Tapi bukan beras saja digoreng, campur dengan tempurung kelapa dibakar sampai berapi, kemudian bubuh dalam baldi diisi air.

“Beras digoreng tadi pun bubuh panas-panas dalam baldi dan bubuh asam jawa dalam satu genggam dan kacau, biarkan semalaman.

“Pagi selepas Subuh, mandi dengan air itu. Jirus dari atas kepala sampai habis, baru mandi air biasa macam biasa. InsyaAllah, sihat,” kongsi Noorhidayah lagi.

Baca juga Ada keluarga sakit? Perlukan kerusi roda? – Rina tanya orang Sepang menjelang PRU-15

Baca juga Dalam majlis ilmu pun cari dosa, lelaki kantoi main judi atas talian dalam masjid