Malaysia Dateline

Maimunah Mohd Sharif

Maimunah dilantik Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Datuk Maimunah Mohd Sharif dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkuat kuasa 1 Julai ini hingga 30 Jun 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow berkata pelantikan Maimunah bagi menggantikan Datuk Patahiyah Ismail yang tamat penggal perkhidmatan hari ini diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Kita ucapkan ribuan terima kasih atas perkhidmatan beliau (Patahiyah) sebagai Datuk Bandar dan sebelum ini sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta jawatan-jawatan lain sejak beliau menyertai perkhidmatan di MBPP,” katanya pada sidang media, di Georgetown hari ini.

Chow berkata dalam mesyuaratnya hari ini, kerajaan negeri turut meluluskan pelantikan Setiausaha MPSP Rozali Mohamud sebagai Yang Dipertua MPSP yang baharu manakala Pengarah Kejuruteraan MPSP Rosnani Mahmod dilantik sebagai Setiausaha MPSP berkuat kuasa esok.

Beliau berkata majlis angkat sumpah Rozali dan Rosnani akan diadakan Isnin ini manakala majlis angkat sumpah Maimunah pada Selasa.