Malaysia Dateline

MAIWP cadang bagi bantuan sewa rumah bulanan kepada Madzariah

Kisah Siti Noor Madzariah yang pernah dikongsi Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini telah mendapat perhatian Baitulmal Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Madzariah dikatakan telah hadir ke pejabat Ahli Parlimen berkenaan dan meminta bantuan dengan wakil rakyat itu disebabkan keluarganya terputus bekalan makanan.

Teresa Kok bertindak menyerahkan barang makanan dan sumbangan wang tunai RM300 kepada Madzariah.

Ekoran perkongsian Teresa Kok berkenaan nasib wanita terbabit, Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP segera menghubungi Madzariah.

Baitulmal MAIWP bersedia untuk membantu bagi meringankan kesusahan yang dialami Madzariah antaranya mencadangkan bantuan kewangan bulanan (kenaikan kadar bantuan) dan bantuan sewa rumah bulanan.

Madzariah, 47, merupakan penerima bantuan zakat Baitulmal MAIWP dengan bantuan sebanyak RM300 sebulan sehingga April 2021, pernah mendapat bantuan kecemasan secara ‘oneoff’ sebanyak RM500 pada¬† Mac dan November 2020.

Menurut Teresa Madzariah merupakan bekas kru kabin Malaysia Airlines (MAS), dia tidak dapat mencari pekerjaan yang baik dan kekal.

“Dia perlu memberi makan kepada 5 orang anak di rumah. Dia memberitahu saya bahawa dia tidak mempunyai wang untuk memberi mereka makan. Dia tidak mampu membayar sewa dan ansuran motosikalnya,” ujar Teresa.

Madzariah begitu teruja apabila Teresa berjanji akan cuba mendapatkan pekerjaan untuknya dan beliau rela melakukan apa sahaja kerja sama ada mencuci atau pelayan di restoran.

“Dia kemudian bertanya kepada saya sama ada dia boleh mula bekerja esok,” tulis Teresa di Facebooknya.