Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja

Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja

BernamaJanuary 7, 2020 9:10 am




Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima sejumlah RM383,285.91 daripada 15 majikan yang mengambil peluang untuk membantu pekerja masing-masing dalam membayar tunggakan pinjaman PTPTN pada tahun lepas.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata jumlah itu memanfaatkan 30 peminjam PTPTN malah majikan berkenaan telah diberikan insentif iaitu  pelepasan cukai oleh kerajaan.

“Ini adalah satu insentif yang perlu diambil faedahnya oleh majikan pada tahun ini kerana pelepasan cukai bukanlah satu perkara yang mudah untuk diperoleh. Bahkan, berita baik untuk majikan kerana insentif ini masih terus diberikan sehingga tahun 2021,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi.

Insentif pelepasan cukai untuk majikan yang membayar pinjaman PTPTN pekerja diperkenalkan kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2019.

Justeru, Wan Saiful menyarankan setiap majikan merebut peluang itu bagi membantu kakitangan mereka dalam menyelesaikan pinjaman pendidikan dan pada masa sama mendapat pelepasan taksiran cukai bagi jumlah yang telah dijelaskan.

“Kita dapati ada anak muda memang betul-betul tidak mampu membayar (pinjaman PTPTN) dan kita mahu menggalakkan supaya bebanan ini (dari segi penyelesaiannya) dikongsikan juga oleh majikan yang mungkin mencatat keuntungan dalam perniagaan mereka.

“Jadi langkah baiknya jika sedikit keuntungan itu dapat digunakan untuk membantu mengurangkan bebanan sara hidup anak-anak muda ini,” katanya.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Rintihan pekerja kilang dilanda Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production