Majlis 40 tahun Najib dalam politik, banyak meja kosong?

Majlis 40 tahun Najib dalam politik, banyak meja kosong?

 

 

 

 

 

 

Majlis meraikan 40 tahun perjalanan politik Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam dikatakan  oleh blogger ia gagal meraih sambutan orang ramai terutama ahli dan penyokong Umno.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Majlis meraikan 40 tahun perjalanan politik Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam dikatakan  oleh blogger ia gagal meraih sambutan orang ramai terutama ahli dan penyokong Umno.

 Blog shahbudindotcom.blogspot.my yang memuatkan sejumlah tujuh keping gambar menyaksikan sebahagian meja kosong termasuk ketika Najib sedang berucap.

Blogger itu mendakwa kira-kira 60 peratus daripada 2,000 jemputan tidak menghadirkan diri sekaligus menyifatkan situasi itu sebagai “satu lagi inspirasi perubahan”.

Sementara itu, satu sumber memberitahu jamuan berkenaan diuruskan oleh Datuk Dr Sulaiman Mohamad dan Datuk Khalid Yunus.

“Kedua-duanya berucap mengampu gila Najib,” kata sumber tersebut kepada Malaysia Dateline hari ini.

Dalam hal berkaitan, akhbar arus perdana hari ini memuatkan sisipan sejak Najib menceburi politik tanah air mulai 1976 sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan sebelum dilantik pada tahun yang sama menjadi ahli parlimen termuda ketika berusia 23 tahun.

Berdasarkan pemerhatian Malaysia Dateline, keluaran khas “40 Tahun Kembara Politik Najib” di dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini yang setebal 40 halaman ditaja oleh Felda.

Majlis 40 tahun Najib dalam politik  malam semalam.Bagi Berita Harian Ahad, keluaran khas tersebut dinamakan sebagai “40 Tahun Menabur Bakti” dengan turut memuatkan ucapan tahniah daripada kerajaan negeri Sabah, Pahang, Melaka dan Terengganu manakala dari Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional dari Kedah, Terengganu, Johor dan Pulau Pinang.

Sisipan setebal 48 halaman itu juga mengandungi ucapan penghargaan daripada syarikat korporat dan projek mega dari EcoWorld, Glomac, Setia dan YTL Communications Sdn Bhd selain MRT Corp dan Tun Razak Exchange.

Turut mengucapkan tahniah kepada Najib adalah Telekom Malaysia, Felda, Tenaga Nasional, Media Prima, Bank Rakyat, Khazanah Nasional, Sunway, Kumpulan LTAT dan Syarikat-syarikat Kumpulan Boustead serta JKP Sdn Bhd iaitu syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

TAGS