Malaysia Dateline

Majlis kahwin anak Ku Nan depan Istana Kehakiman selepas dua minggu dilepas tanpa bebas

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya, Tengku Muhammed Hafiz di hadapan bangunan Istana Kehakiman hari ini.

Majlis itu berlangsung dua minggu selepas Tengku Adnan atau Ku Nan dilepas tanpa bebas daripada tuduhan menerima rasuah RM1 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam kad jemputan kahwin yang tersebar, majlis perkahwinan di Persiaran Perdana, Presint 3 Putrajaya itu berkonsepkan pandu lalu selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

Tengku Muhammed Hafiz yang sedang menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di Indonesia berkahwin dengan Oceane Cyril Alagia dalam majlis bertemakan adat Jawa.

Bernama melaporkan kira-kira 10,000 jemputan hadir ke majlis perkahwinan yang bermula jam 11 pagi hingga 2 petang itu.

Para tetamu yang hadir melalui jalan Dataran Putrajaya berpeluang melihat pasangan pengantin melambaikan tangan dari pentas dan kemudian mengambil juadah makanan di khemah khas secara pandu lalu.

Gambar anak lelaki Ku Nan dan isteri bertemakan busana tradisi Jawa.