Majlis Presiden Pakatan Harapan tentukan calon PRK esok

Majlis Presiden Pakatan Harapan tentukan calon PRK esok

 

 

 

 

 

 

Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat Majlis Presidennya di Parlimen pada Khamis ini untuk membincangkan isu meletakkan calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sehingga ia dimuktamadkan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat Majlis Presidennya di Parlimen pada Khamis ini untuk membincangkan isu meletakkan calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sehingga ia dimuktamadkan.

Naib Presiden PKR  Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, PKR tidak menarik diri daripada rundingan itu, walaupun selepas pemimpin Pas bertegas parti Islam itu akan bertanding di kedua-dua PRK berkenaan.

“Setakat yang kita tahu, kita ada masa sehingga 5 Jun untuk berunding,” katanya yang merujuk kepada hari penamaan calon untuk PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar lapor FMT hari ini.

Sebelum ini, PKR dilaporkan mahu Pas hanya bertanding di Kuala Kangsar dan memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan untuk bertanding di Sungai Besar.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula dilaporkan sebagai berkata, parti itu mahu menurunkan calon di kerusi terbabit kerana peluang mereka lebih cerah untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan Cina berbanding Pas atau Amanah yang hanya cenderung kepada Melayu.

Isnin lalu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mengumumkan tiga nama, termasuk Presidennya, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub antara calon yang dicadangkan parti itu.

Minggu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas yang parti Islam itu akan bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen terbabit memandangkan ia adalah kerusi tradisi mereka selama ini.

Hadi berkata, perbincangan dengan PKR telah tamat. Pas membuat keputusan muktamad untuk bertanding di Kuala Kangsar dan Sungai Besar dan akan mengumumkan calon Pas pada Jumaat ini.

TAGS