Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Majlis Presiden PH bantah tindakan polis siasat Marina, Ambiga, Fadiah Nadwa
(kiri)Fadiah Nadwa Fikri (tengah) Datin Marina Mahathir dan (kanan) Datuk S Ambiga.

Majlis Presiden PH bantah tindakan polis siasat Marina, Ambiga, Fadiah Nadwa

MALAYSIADATELINEMarch 3, 2020 7:00 pm




Pakatan Harapan membantah keras reaksi pihak berkuasa yang dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap tiga aktivis sosial: Datin Paduka Marina Mahathir, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Fadiah Nadwa Fikri.

Ini susulan perhimpunan pro-demokrasi di Dataran Merdeka pada Ahad.

Dalam kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan, mendakwa selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang dalam krisis kepimpinan yang berlaku minggu lepas, pihak berkuasa kelihatan tangkas bertindak bertentangan dengan nilai-nilai yang selama 20 bulan lalu yang dipupuk kerajaan PH.

“Ini adalah amat dikesalkan.

“Pakatan Harapan menegaskan bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak demokratik untuk berhimpun dan menyatakan bantahan mereka, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.

“Pihak berkuasa diminta bertindak dalam dengan cara yang tidak menjejas hak demokratik rakyat Malaysia, dan mengelak dari terjadinya persepsi kacau ganggu terhadap ketiga-tiga individu tersebut,” ujar kenyataan itu petang ini.

Pada Ahad media melaporkan Himpunan demokrasi oleh kumpulan mahasiswa dan pro Pakatan Harapan yang bermula dalam keadaan aman dan terkawal di hadapan Sogo, bertukar kecoh apabila mereka cuba bergerak ke arah Dataran Merdeka.

Kumpulan berkenaan yang disertai oleh 50 individu dari pelbagai pertubuhan mula berkumpul seawal jam 6 petang tadi sebelum memulakan ucapan di pintu masuk Sogo.

Ketua Polis Negara Datuk seri Abdul  Hamid Bador  dalam kenyataan berkata polis, akan menyiasat Datin Paduka Marina Mahathir, Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa individu kerana terlibat dalam perhimpunan di Sogo.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

‘China bina hospital dengan segera, Malaysia bina dewan ketika darurat’

China bina kem kuarantin tampung 4,000 pesakit Covid-19

MAFI dicadang segerakan Program Bakul Kasih Sayang bantu rakyat miskin

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production