Husam Pengerusi PH Kelantan, Raja Bahrin Terengganu, Adly Melaka

Husam Pengerusi PH Kelantan, Raja Bahrin Terengganu, Adly Melaka

Tiga pemimpin utama Parti Amanah Negara (AMANAH) dilantik mengetuai Pakatan Harapan negeri sebagaimana diumumkan Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini.

Naib Presiden Amanah Kelantan Datuk Husam Musa dilantik mengetuai Pakatan Harapan Negeri Kelantan,   Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah  dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Terengganu dan Pengerusi Amanah Negeri Melaka Adli Zahari menerajui Pakatan Harapan negeri itu

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilantik menjadi Pengerusi Negeri Pakatan Harapan masing-masing sebagaimana diputuskan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Sebelum ini bekas menteri besar Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan dalam sidang media diadakan mengenai pembentukan struktur Pakatan Harapan yang diketuai beliau selaku Pengerusi Negeri di Johor .Manakala  bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir  diumumkan secara rasmi dilantik  menerajui Pakatan Harapan Negeri Kedah.

Bagi negeri Pahang Pengerusi Pakatan Harapan dilantik Datuk Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Negeri); Perlis  (Ameir Hassan); Wilayah Persekutuan Tan Kok Wai (Pemangku DAP Pusat); Negeri Sembilan Aminuddin Harun  (Adun Sikamat) dan ; Perak  Ahmad Faizal Azumu (Pengerusi Bersatu Negeri Perak).

Majlis Presiden Pakatan Harapan turut menyenaraikan Pengerusi DAP Negeri Sabah Christina Liew dan Negeri Sarawak Chong Chieng Jen. masing-masing dilantik menjadi  Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sabah dan Negeri Sarawak. 

Kenyataan rasmi dikeluarkan bersama  oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail,  tiga Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin,Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

CATEGORIES
TAGS