Majlis Raja-raja bincang isu perlantikan Peguam Negara pada 5 Jun

Majlis Raja-raja bincang isu perlantikan Peguam Negara pada 5 Jun

Majlis Raja-raja Melayu akan mengadakan perbincangan khas mengenai pemberhentian perkhidmatan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali dan calon pengantinya Tommy Thomas pada 5 Jun ini.

Dalam satu kenyataan kepada media oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata Istana Negara dan kerajaan Persekutuan belum ada sebarang persetujuan tentang pemberhentian perkhidmatan Peguam Negara dan pelantikan calon pengantinya.

Ia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan memperuntukan dalam Perkara 145 (1):

“Yang Di Pertuan Agong hendaklah atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan.”

“Dan Perkara 145 (5) pula menyebut: “… Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang Dipertuan Agong.”

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kini masih bercuti selama 30 hari sejak 15 Mei lalu. Tugas Peguam Negara ketika ini digalas oleh Peguam Cara Negara, Engku Nor Faizah Engku Atek.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu telah menyerahkan nama Tommy Thomas calon tunggal  untuk mengantikan  Apandi yang dalam proses melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun YDP Agong Sultan Muhammad V tidak perkenan cadangan yang dikemukakan Dr Mahathir itu.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS