Majlis Raja-raja harus menasihati PM letak jawatan, kata Khairuddin

Majlis Raja-raja harus menasihati PM letak jawatan, kata Khairuddin

 

Majlis RajaRaja Melayu diminta untuk bertindak menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk meletak jawatan secara serta merta ekoran saman Jabatan Penguam Negara AS terhadap individu yang dikaitkan dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang pernah secara langsung terbabit mendedahkan skandal 1MDB pada 2014 lalu, pernah didakwa di bawah Akta Sosma dan dipenjarakan selama dua bulan, menyatakan ketegasannya agar permohonan beliau mendapat perkenan Majlis Raja-raja Melayu untuk mengambil pendirian tegas terhadap perdana menteri.

“Tiada apa-apa alasan lagi bagi Najib kecuali meletak semua jawatan dalam kerajaan dan politiknya kerana beliau adalah tokoh pemimpin paling korup yang tidak layak lagi untuk memimpin negara malaysia yang tercinta ini.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan “Dengan pengumuman dan kenyataan dari Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta E. Lynch telah membuktikan kepada terdapat bukti-bukti sahih penyelewengan berbilion-bilion ringgit di dalam kes syarikat 1MDB.

“Najib selaku perdana menteri, menteri kewangan 1 dan pengerusi lembaga penasihat syarikat 1mdb pada waktu itu harus letak semua jawatannya dalam kadar segera

“Beliau mesti bertanggungjawab di dalam semua penyelewengan yang berlaku pada syarikat 1MDB yang telah melibatkan jumlah yang begitu besar dan amat merugikan kerajaan serta rakyat, “ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin yang juga Ahli Jawantakuasa Sekretariat Deklarasi Rakyat turut mempersoalkan kewibawaan Ketua Polis Negara, Peguan Negara, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan perkembangan terbaru daripada Jabatan Peguan Negara AS ini.

“Saya minta mereka itu tolong beri penjelasan kenapa mereka lambat bertindak dalam kes skandal 1MDB ini?

“Laporan-laporan polis dan SPRM telah saya buat seawal 12 Disember 2014 dan kemudiannya melaporkan di singapura, Hong kong, Peranchis, switzerland dan United Kingdom.

“Malahan saya telah ditahan untuk terbang ke New York bagi buat laporan pada pihak FBI dan seterusnya dipenjarakan bersama peguam atas dakwaan di bawah Akta Sosma.

“Hari ini telah membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa institusi-institusi penguatkuasaan undang-undang di negara kita amat mengsangsikan!!

“Pihak penguatkuasa undang-undang di luar negara telah berjaya membuktikan prima facie keatas kes 1MDB tetapi malangnya kredibiliti badan-badan tersebut di Malaysia sungguh mendukacitakan,” ujarnya.

TAGS