Majlis ramah mesra di Kelantan kecoh dipercayai ada ‘geng’ bomoh buat kacau

Oleh NASUHA RAHMAN

Majlis ramah mesra yang dihadiri Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) di Kelantan bertukar kecoh apabila segerombolan anak muda dipercayai daripada ‘geng’ bomoh, tarekat dan khurafat telah membuat kacau di kediaman seorang tokoh perniagaan yang tersohor di negeri itu.

Katanya, setelah majlis selesai beliau bersembang dengan beberapa tokoh masyarakat yang masih ada tiba-tiba segerombolan anak muda berpakaian ganjil, merokok dan menutup muka masuk ke kawasan persendirian itu.

“Saya diberitahu mereka membuat kacau. Katanya itu geng bomoh, ada kata geng tarekat, ada kata geng khurafat. Allah Maha Mengetahui,” katanya.

Namun katanya, susulan insiden itu ramai orang Kelantan menghantar mesej dan hubungi beliau meminta maaf dan dukacita atas kejadian itu.

“Mereka mengutuk perbuatan tersebut. Apapun terima kasih kepada majoriti rakyat Kelantan yang penuh budi, makanan yang sedap dan ramai yang cantik,” katanya.

Selain Dr MAZA, majlis tersebut turut menampilkan Profesor Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramli dan Mohd Nazim Mohd Nor.

Terdahulu, forum harta yang batil dan kesan terhadap masyarakat yang dijadualkan bakal diadakan tidak berlangsung selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) membatalkan program itu.

Pembatalan itu selaras dengan Seksyen 117 Mengajar Tanpa Kebenaran oleh daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Surat tersebut dikeluarkan oleh Jaheik pada 2 Jun 2022 dan ia kemudian tular di laman sosial Facebook.

Sehubungan itu, walaupun forum dibatalkan Dr MAZA disambut tokoh peniagaan Kelantan yang sangat berjaya iaitu Dato Wan Ariff Wan Hamzah, pemilik Syarikat ‘Ain Medicare yang berpusat di Kelantan, mempunyai lebih 1000 pekerja.

“Saya tinggal beberapa hari di taman peribadi beliau yang indah ‘Taman Aulia’ seluas 120 ekar di Pulau Gajah, Peng. Chepa.

“Orang Kelantan murah hati, banyak ole-ole diberikan kepada saya untuk dibawa pulang.

“Alhamdulillah, majlis ramah mesra bersama saya, Dr Rozaimie dan Dato Dr Johari juga mendapat sambutan yang sangat baik walaupun tiada majlis ucapan.

“Begitu ramai anak muda Kelantan yang datang. Semangat mereka luar biasa. Ada yang sebak, gembira dapat jumpa, ada yang kata nak pindah Perlis dan kebanyakkan bagitahu mereka memang akan hadir ke Perkampungan Sunnah pada 17, 18 dan 19 Jun ini.

“Pemimpin-pemimpin masyarakat Kelantan juga ramai yang hadir. Sehingga jamuan yang disediakan tidak mencukupi,” katanya.

Terdahulu, laungan tolak wahabi oleh sekumpulan lelaki ‘menggegarkan’ Jamuan dan Majlis Ramah Mesra yang dihadiri oleh Dr MAZA.

Rakaman video yang menunjukkan tindakan sekumpulan pemuda menimbulkan rasa kurang senang terhadap majlis tersebut mengundang kritikan selepas ia tular dalam kalangan warganet.

Baca juga: Sudahlah pekak, bisu nak bela suara rakyat, tambah pula khayal diulit kuasa, kata Mat Sabu

Baca juga: Harga roti canai naik 10 sen jika kos bahan tidak dikawal