Malaysia Dateline

Majlis Rohingya Eropah tuntut media rasmi PPBM, tiga yang lain mohon maaf, beri sumbangan tunai

Tengku Emma Zuriana bersama Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid dan pertubuhan membantu pelarian ketika bertemu SUHAKAM pada 2018 membincangkan usaha Malaysia mengesahkan Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 mengenai status pelarian PBB.

Bukan sahaja digelar pengkhianat negara, malah segala maklumat dokumen peribadi Duta Malaysia Majlis Rohingya Eropah (ERC), Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi disebarkan di media sosial.

Sentimen kebencian juga dilihat diapi-apikan dengan menjadikan aktivis tersebut sebagai sasaran kemarahan rakyat Malaysia apabila pihak terbabit mendedahkan saman nombor plat kereta serta nombor kad pengenalan Tengku Emma Zuriana untuk semakan status Bantuan Prihatin Nasional.

Selain pengguna Facebook (FB) atas nama individu, kumpulan awam “32 Juta Rakyat Malaysia Tolak Rohingya” dengan seramai 29,809 pengikut turut berbuat demikian.

Malah, lebih mengejutkan laman FB Bersatu.Tv dan Bersatutv yang difahamkan media rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga terjebak dalam menyemai sentimen kebencian dalam kalangan masyarakat negara ini.

Sehubungan itu, ERC menuntut empat pemilik akaun FB terbabit memohon maaf terhadap Tengku Emma Zuriana atas kenyataan palsu dan tindakan mengaibkan itu.

Dalam kenyataannya hari ini, ERC menyifatkan fitnah terhadap Tengku Emma Zuriana sengaja mahu mengelirukan bagi menimbulkan kebencian orang ramai terhadap dirinya serta pelarian Rohingya.

Empat pemilik akaun FB tersebut berserta jumlah rakan dan pengikut mereka adalah Web Schneider (3,402), Ammar Daniel (jumlah rakan disembunyikan), 32 Juta Rakyat Malaysia Tolak Rohingya (29,809), Bersatu.Tv (7,597), dan Bersatutv (104,000).

“Dengan ini, Majlis Rohingya Eropah dan Duta Malaysianya, YM Tengku Emma Zuriana Bt Tengku Azmi menuntut agar segala penghantaran oleh kesemua entiti dinyatakan tersebut dan mana-mana entiti yang akan dikenalpasti tentang Majlis Rohingya Eropah dan agen-agennya hendaklah ditarik balik atau dipadam disusuli permohonan maaf secara terbuka dengan memuat naikkan di laman media sosial masing-masing dan secara bersurat untuk siaran di laman sesawang Majlis Rohingya Eropah.

“Di samping itu, sumbangan dalam bentuk wang tunai hendaklah dikemukakan kepada Majlis Rohingya Eropah oleh setiap entiti tersebut berdasarkan jumlah kawan dan pengikut mereka,” dipetik dari kenyataan pertubuhan itu.

Tegas ERC, kesemua mereka terbabit hendaklah melaksanakan tuntutan tersebut dalam tempoh tujuh hari selepas kenyataan media ini dikeluarkan.

“Kegagalan berbuat demikian, tindakan undang-undang lanjut akan diambil dan semua ganti rugi dituntut akan diserahkan untuk Majlis Rohingya Eropah.

“Orang ramai juga disarankan membantu dan memberi sumbangan supaya keadilan dapat
dicapai bersama Rohingya,” ujar pertubuhan itu lagi.

Berikut kenyataan media penuh:

Tularan Fitnah Berniat Jahat di Media Sosial Bertujuan Memburukkan Reputasi Duta Malaysia Bagi Majlis Rohingya Eropah dan Menimbulkan Polemik Kebencian Rakyat Malaysia Kepada Pelarian Rohingya

Berikut merupakan kenyataan-kenyataan fitnah berniat jahat oleh beberapa kumpulan individu dan pihak telah tular secara meluas di sosial media menimbulkan polemik kebencian dan kegelisahan rakyat Malaysia keseluruhannya terhadap pelarian Rohingya dan menyerang Duta Malaysia bagi Mahlis Rohingya Eropah, YM Tengku Emma Zuriana Bt Tengku Azmi secara peribadi untuk membalas kenyataan rasmi dibuat beliau bertajuk “Letter of Concern Regarding The Pushback of Rohingya Boat to Sea” bertarikh 21 April 2020

(Sila rujuk dan boleh akses kenyataan rasmi tersebut pada
https://www.theerc.eu/letter-of-concern-regarding-the-pushback-of-rohingya-boat-to-sea/):

1. FACEBOOK milik Web Schneider bersama Ummar Fahmi dan 11 orang lain (Ammar Daniel, Pad Fadlee, Jemy Bunyu, Kasturi Muhamad, Jamaliah Hitam, Razali Abdullah, Badr, Hafiedz Becker, Mustafa Kamal Satar, Mustapha Mohamed Yusoff dan Nur Aulia Jalil Farhany Lin) pada 24 April 2020 jam 00:46 mendapat reaksi, komen dan perkongsian sebanyak 16K, 3.1K dan 18K masing-masing
(pautan:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=818368445355757&id=100015478278810):

a. Keseluruhan posting (hantaran) tersebut adalah merujuk kepada Duta Malaysia bagi Majlis Rohingya Eropah, YM Tengku Emma Zuriana Bt Tengku Azmi dalam memfitnah beliau dengan menggelarnya sebagai “Pengkhianat” negara Malaysia dan menuduhnya terlibat dalam kegiatan jenayah penyeludupan manusia menceroboh adalah tidak berasas dan dinafikan in verbatim sekeras-kerasnya.

Beliau pernah menyeru dan menuntut kerajaan Malaysia agar keadilan dan pendedahan diberikan sewajarnya kepada nasib isu pelarian Rohingya menjadi mangsa sindiket penyeludupan manusia atas penemuan perkuburan besar di Wang Kelian sehingga ini dipercayai tiada lagi penangkapan atau pendakwaan dibuat:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/441791/duta-erc-dakwa-kerajaan-sorokisu-seludup-rohingya

https://www.nst.com.my/news/exclusive/2017/12/316678/rohingya-leaders-demandjustice-following-wang-kelian-expos%C3%A9

b. Majlis Rohingya Eropah menegaskan di sini bahawa telah ditubuhkan sebagai organisasi antarabangsa selepas wujudnya pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya oleh tentera bersenjata kerajaan Myanmar sekitar Jun 2012 dengan visi dan misi utama atas semangat sukarelawan dan dasar kemanusiaan melindungi hak dan kepentingan etnik Rohingya supaya mereka dapat kembali hidup aman damai bersama etnik minoriti lain di negara asal mereka sendiri, iaitu Arakan, Myanmar.

c. Maka, Majlis Rohingya Eropah bertindak bagi pelarian Rohingya dan bersatu suara untuk memberi tekanan dan gesaan tanpa henti kepada kesemua kerajaan di dunia menjalankan kewajipan amnya untuk melindungi pelarian yang mendarat di tempat mereka mengikat kesemua negara biarpun negara daratan tersebut tidak menandatangani 1951 UN Convention Relating to the Status of Refugees (Refugee Convention) atau 1967 Protocolnya.

Malah, tindakan kerajaan Malaysia menghalau bot-bot pelarian Rohingya sendiri dilaporkan media massa telah menarik dan mengundang perhatian antarabangsa, iaitu Amnesty International:

https://www.amnesty.org/en/latest/news/2020/04/covid-no-excuse-sacrifice-lives-morerohingya-seek-safety-boat/

Tiada konspirasi terancang memfitnah kerajaan seperti didakwa kumpulan individu diketuai Web Schneider dengan jahatnya menimbulkan polemik kebencian dan kegelisahan kebanyakan rakyat Malaysia kepada rakyat sendiri, YM Tengku Emma Zuriana Bt Tengku Azmi selain pelarian Rohingya.

Sebaliknya, beliau menyeru kerajaan Malaysia mempertimbangkan semula tindakan pihak keselamatan negara di perairan dan daratan menghalau mereka ke laut dan mencari dan menyelematkan mereka.

d. Majlis Rohingya Eropah menegaskan di sini menjalankan kerja-kerja amal dan sukarelawan tanpa sebarang gaji atau elaun diberikan kepada sesiapa pun termasuklah Duta Malaysia YM Tengku Emma Zuriana Bt Tengku Azmi.

Organisasi ini adalah berdasarkan kesedaran tinggi dan sumbangan orang ramai tentang isu sedunia pelarian Rohingya masih gagal mendapat keadilan sehingga ke hari ini.

2. FACEBOOK milik Ammar Daniel bersama Abu Hanzal dan 6 lain-lain (Fiza Hapida, Web Schneider, Tok Tanjong, Hafiz Azmi, Abdul Halim Bin Ishak dan Teoh Teoh Woei Synn)
pada 24 April 2020 jam 21:46 mendapat 23 reaksi, 29 komen dan 4 perkongsian dengan menyebarkan gambar Duta Malaysia bagi Majlis Rohingya Eropah, YM Tengku Emma Zuriana Bt Tengku Azmi diiringan kapsyen:

BANGSA ROHINGYA DIKECAM NETIZEN: “Rakyat Malaysia Tak Paham Undang-Undang Antara Bangsa.”

(pautan: https://m.facebook.com/story.phpstory_fbid=657243728395818&id=100023305904714)
Beliau menyangkal sepenuhnya kerana tidak pernah membuat sebarang kenyataan tersebut yang sengaja mengelirukan bagi menimbulkan kebencian dan kemarahan orang ramai terhadap beliau secara peribadi.

3. FACEBOOK page tatapan awam 32 Juta Rakyat Malaysia Tolak Rohingya pada 24 April 2020 jam 18:53 mendapat 191 reaksi, dan 175 komen telah mendedahkan data-data dan maklumat peribadi YM Tengku Emma Zuriana Bt Tengku Azmi seperti saman nombor plat kereta beliau, menyimpan nombor kad pengenalan untuk memeriksa status Bantuan Prihatin Nasional kepada capaian orang ramai adalah perbuatan yang bertujuan mengaibkan beliau dan menyalahi undang-undang mencerobohi keselamatan privasinya.

(pautan: https://www.facebook.com/112464973770919/posts/114877326863017/)

FACEBOOK page ini mempunyai 20,816 likes (tanda suka) dan rekod menunjukkan jumlah keseluruhan 20,887 likes (tanda suka) dan 29,809 follows (ikutan).

4. FACEBOOK page tatapan awam Bersatu.Tv pada 21 April 2020 jam 19:55 mendapat 29 reaksi, dan 10 komen untuk membangkitkan kemarahan orang ramai kepada Majlis Rohingya dalam gesaan kepada kerajaan Malaysia pertimbangan semula menolak bot pelarian.

(pautan: https://www.facebook.com/108892307350818/posts/143632227210159/)

Manakala FACEBOOK page tatapan awam Bersatutv pada 25 April 2020 jam 06:38 mendapat 175 reaksi, 171 komen dan 21 perkongsian dengan menyebarkan gambar Duta Malaysia bagi Majlis Rohingya Eropah, YM Tengku Emma Zuriana Bt Tengku Azmi diiringan kapsyen: BANGSA ROHINGYA DIKECAM NETIZEN: “Rakyat Malaysia Tak Paham Undang-Undang AntaraBangsa.”

(pautan: https://www.facebook.com/1163510937018603/posts/2919122808124065/)

Majlis Rohingya Eropah bersama Duta Malaysia YM Tengku Emma Zuriana Bt Tengku Azmi bersama menyangkal sepenuhnya kerana tidak pernah membuat sebarang kenyataan tersebut yang sengaja mengelirukan bagi menimbulkan kebencian dan kemarahan orang ramai terhadap beliau dan Majlis Rohingya Eropah.

FACEBOOK page Bersatu.Tv ini merupakan media rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempunyai 7,131 likes (tanda suka) dan rekod menunjukkan jumlah keseluruhan 7,131 likes (tanda suka) dan 7,597 follows (ikutan) manakala FACEBOOK page Bersatutv ini pula mempunyai 70,793 likes (tanda suka) dan rekod menunjukkan jumlah keseluruhan 70,794 likes (tanda suka) dan 104K follows (ikutan).

DENGAN INI, Majlis Rohingya Eropah dan Duta Malaysianya, YM Tengku Emma Zuriana Bt Tengku Azmi menuntut agar segala penghantaran oleh kesemua entiti dinyatakan tersebut dan mana-mana entiti yang akan dikenalpasti tentang Majlis Rohingya Eropah dan agen-agennya hendaklah ditarik balik atau dipadam disusuli permohonan maaf secara terbuka dengan memuat naikkan di laman media sosial masing-masing dan secara bersurat untuk siaran di laman sesawang Majlis Rohingya Eropah.

Di samping itu, sumbangan dalam bentuk wang tunai hendaklah dikemukakan kepada Majlis Rohingya Eropah oleh setiap entiti tersebut berdasarkan jumlah kawan dan pengikut mereka: Web Schneider (3,402), Ammar Daniel (jumlah kawan disembunyikan), 32 Juta Rakyat Malaysia Tolak Rohingya (29,809), Bersatu.Tv (7,597), dan Bersatutv (104,000).

Kesemua ini hendaklah dilaksanakan dalam tujuh (7) hari selepas kenyataan media ini dikeluarkan.

Kegagalan berbuat demikian, tindakan undang-undang lanjut akan diambil dan semua ganti rugi dituntut akan diserahkan untuk Majlis Rohingya Eropah.

Orang ramai juga disarankan membantu dan memberi sumbangan supaya keadilan dapat dicapai bersama Rohingya.

Sekian terima kasih.

Pengerusi Lembaga
Majlis Rohingya Eropah

Duta Malaysia
Majlis Rohingya Eropah
YM Tengku Emma Zuriana Bt Tengku Azmi