Majlis Rumah Terbuka Hari Deepavali Parlimen Port Dickson, Jumaat ini

Majlis Rumah Terbuka Hari Deepavali Parlimen Port Dickson, Jumaat ini

Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga  Presiden Parti Keadilan Rakyat, akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Deepavali Parlimen Port Dickson, Jumaat ini.

Pusat Khidmat Rakyat Anggota Parlimen Port Dickson melalui satu kenyatan media hari ini menyatakan bahawa majlis Rumah Terbuka Hari Deepavali yang diadakan bersebelahan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson itu, akan bermula pukul 7.30 malam sehingga 11.00 malam.

Menurut kenyataan itu, beberapa anggota Kabinet, pimpinan parti dan perwakilan asing akan turut menghadiri majlis ini.

“Pelbagai juadah akan disajikan kepada para pengunjung dan mereka juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan serta artis jemputan antaranya Kilafairy dan Juara Program Realiti TV Bigg Boss 3, Mugen Rao.

“Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson berharap orang ramai dapat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Deepavali ini sekaligus dapat memupuk semangat kekitaan dan kejiranan selain dapat mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat,” katanya.– BERNAMA