Malaysia Dateline

Majlis zikir, bacaan Yaasin di rumah Anwar hari ini

Orang ramai dijemput menghadiri majlis zikir, selamat Nuril Anwar dan bacaan Yaasin di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang waktu Maghrib hari ini.

Poster jemputan di alamat 11, Jalan 3/61, Bukit Segambut di ibu negara yang tular menunjukkan waktu mula majlis itu pada pukul 6.45 petang.

Turut dimaklumkan Ustaz Zamri Zainal Abidin yang bakal menyampaikan tazkirah.