Mak asyik melayan lelaki muda walaupun umur cecah 50, anak kesiankan bapa penat bekerja

Oleh MAISARAH AISYA

Curang ini tidak mengenal umur malah tidak mengenal status hubungan, tidak kiralah bujang atau pasangan yang sudah berkahwin.

Seorang pengguna media sosial meluah perasaan mengenai kesanggupan ibunya melayan lelaki lain walhal masih ada suami.

Luahan tersebut dimuat naik di laman X atau pernah dikenali sebagai Twitter menerusi akaun @ConfessTweetMY.

Di bawah adalah luahan pengguna tersebut.

Assalamualaikum min, saya ada benda nak cerita, harap min nampak saya punya kisah dan tanya pengikut mengenai pendapat mereka akan hal ini.

Mak saya kantoi melayan lelaki lain yang dikenali melalui TikTok. Ada satu hari saya nekad sebagai anak sulung untuk tegur dia (mak) sebab saya rasa tak boleh naka hadap dia.

Setiap kali saya tengok muka dia saya teringat apa yang dia buat. Saya WhatsApp dan tegur dia untuk berubah dan bagi tahu saya dah tahu semuanya apa yang dia buat.

Apa yang sedihnya min dia sanggup bersumpah junjung al-Quran dia tak buat benda tu. Dia tetap menafikan benda tu dan cakap benda tu dah lama.

Saya sebagai seorang anak rasa cukup kecewa dgn apa yang mak saya buat. Saya kesian dengan ayah saya penat keluar cari rezeki tapi isteri curang.

Bukan sekali ni je pernah kantoi. Sebelum ni juga pernah kantoi tapi dengan lelaki lain. Saya cuba berdepan dengan mak saya sekali dengan adik-adik.

Tapi dia juga tidak mengaku dan bagi alasan saja melayan. Saya ingatkan dia berubah selepas kes itu sebab malu dengan anak-anak tapi rupa-rupanya makin teruk.

Yang terbaru kantoi ni saya tahu dia bukan melayan seorang lelaki tapi banyak lelaki. Apa perlu saya buat sebagai seorang anak? Saya hari-hari menangis.

Saya macam tak boleh terima apa yg mak saya buat. Umur dia bukanlah muda tapi sudah menganjak 50an.

Pengadu tersebut juga tertanya-tanya sama ada dia perlu memaklumkan ayahnya malah ibunya pernah memaklumkan sudah tiada nafsu bersama ayahnya.

Rata-rata warganet menasihatkan pengadu untuk memaklumkan perkara tersebut kepada ayah dengan menyertakan bukti kukuh.

“Bagi saya, bagi tahu sahaja ayah. Tapi kena siap sedialah kesannya. Lagi satu kalau nak bagi tahu ayah kena ada bukti. Takut ayah tak percaya, semoga dipermudahkan urusan awak.

“Uninstall (buang) semua social media mak awak, bagi telefon biasa sahaja dan buang nombor yang tak dikenali.

“Mak dia midlife crisis (krisis pertengahan umur). Selalu macam itulah. Nak-nak pulak dah dekat nak menopause gamak. Tu yang jadi gitu,” antara komen warganet.

Bukanlah tanggungjawab anak untuk menyedarkan si ibu kesalahan mereka, maklumkan kepada si bapa mana tahu ada masalah yang mereka tak kongsi bersama anak sendiri.

Baca juga: Ibu Michelle Yeoh tidak dijemput, langsung tak tahu anak rupanya dah kahwin