Malaysia Dateline

Mak ayah tergamam depan kaunter lepas dapat tahu anak curi duit Tabung Haji, bila semak tinggal RM25 je

Tular sebuah kisah yang membuatkan ramai tersentak tentang seorang anak yang sanggup ‘menggelapkan’ duit ibu bapanya sendiri dan mengambil kesempatan terhadap orang tuanya yang buta IT.

Dikatakan, anak ini merupakan pemegang amanah yang mengetahui kata laluan akaun Tabung Haji orang tuanya dan tanpa pengetahuan mereka, anak yang paling dipercayai itu mengkhianati mereka selama ini.

Kejadian itu terbongkar apabila kedua orang tua ini hadir ke pejabat Tabung Haji untuk membuat satu transaksi pengeluaran duit, tetapi terkejut apabila didapati duit di dalam akaun tersebut langsung habis tidak berbaki.

Cerita ini dikongsikan seorang pengguna Facebook, Isis Pesona tahun lalu yang tular semula sejak kebelakangan ini. Kami kongsikan kisah penuh di bawah supaya dapat dijadikan pengajaran.

Semalam pergi Tabung Haji dan ada satu cerita sedih berlaku.

Satu couple tua ini mungkin nak buat transaksi akaun TH dia orang. Pakcik tunggu dekat aku, makcik pergi kaunter. Tiba-tiba makcik panggil pakcik. We can hear her (and the rest of the tragedy) because it was obviously quiet there.

Makcik : Bang… Tak ada dah… Semua dah habis!
Pakcik : Macam mana boleh tak ada? (jalan perlahan ke kaunter)
Staff : Ada perpindahan online.
Pakcik : Tapi saya tak pandai pakai telefon. Online online ni. Mana boleh orang keluarkan duit kami.
Staff : Nombor telefon ni…
Makcik : Saya punya…
Staff : Password
Makcik : Saya tak pandai ni… Password ni pun agaknya anak makcik yang buat…
Staff : (Sebut perpindahan akaun yang dibuat berkali-kali sejak Januari hingga Ogos) Ini dibuat ke akaun TH nama ** siapa ni?
Makcik : Ni akaun Tabung Haji anak saya…
Staff : Duit pakcik makcik transfer pada akaun ni… yang boleh keluarkan RM25…

Boleh dengar pin jatuh weh. Semua yang ada situ dah dapat tangkap apa jadi. Astaghfirullahalaziim… Aku tak tahu back story. Mereka dah ke haji ke belum, nak keluarkan duit ke apa. Tapi mereka tak tahu pun duit simpanan mereka telah dikeluarkan (pindah masuk akaun anak).

Pakcik tu duduk sebelah aku sementara tunggu. Staff masih terangkan pada makcik yang nombor TAC semua akan diberikan kalau ada transaksi, malah dicari mesej-mesej, tapi tak dijumpai. Dah dipadam.

Pakcik dan aku tak sengaja bertemu mata. Kesiannya. Aku ucap takziah dekat pakcik.

“Maaf pakcik, kami semua dengar apa yang berlaku”. Air mata aku dah menitik dah. Sedih sangat. Pakcik geleng kepala. Urut dada. “Saya tak sangka. Kalau saya nangis…luluh hati saya…saya tahan…”

Ramai juga bersimpati pada pasangan tua ni. Makcik masa nak sign document cakap (kami yang ada kat TH dengar).

“Saya tak percaya. Tangan saya menggigil”. Ramai yang tunduk. Staffs TH yang ada pun boleh nampak mereka pun sangat sayu. Mereka tolong sekat perpindahan online. Balik tu pakcik tu ucap terima kasih yang bersimpati pada dia dan isteri. Isteri dia dapatkan pakcik tu, dia cakap “sampai hati anak kami buat orang tua dia macam ni” sambil pergi.

Aku pulak duk terkesat air mata dengan bucu tudung…

Staff TH beritahu kalau warga emas tak Internet savvy, mereka takkan perkenalkan pun kaedah thijari ni. Dia pun tergeleng-geleng kepala. Sayu dan sedih.

Sampai sekarang aku duk pikir couple tua semalam. Aku doakan mereka diberikan rezeki yang lebih baik. Diberikan ketenangan hati dan semoga kemelut yang telah berlaku ni dipermudahkan. Hopefully anak dia tidaklah menggunakan wang simpanan haji mak ayah dia, dan pulangkannya semula. Aamiin.

Baca juga: Ustaz Kazim antara 16 nama dilarang berceramah, khutbah di Pulau Pinang

Baca juga: Luar biasa! Lautan manusia banjiri pekarangan rumah Shah Rukh Khan sempena hari lahir aktor itu