“Mak cik aku pantang nampak mak aku pakai barang kemas, mesti nak pinjam, bila minta balik bagi alasan hilang…”

Oleh MAISARAH AISYA

Memang banyak orang yang hidupnya suka meminjam, nak usaha beli sendiri itu tak wujud dalam kamus hidupnya.

Orang sebegini kalau tak dapat apa yang dia nak, mesti akan mengamuk, gaduh macam perang dunia kedua.

Seorang individu tidak senang akan sikap salah seorang adik beradiknya ibunya yang gemar meminjam barang kemas namun tidak pernah memulangkan ia semula.

Di bawah adalah kisah yang dimuat naik menerusi satu portal luahan perasaan atas talian.

Kisah ini berlaku waktu aku masih kecil lagi, mak dan ayah aku ni suka beli emas dan ayah aku pun suka belikan mak aku barang kemas.

Memang dari dulu lagi ayah aku tak pernah berkira dengan keluarga. Emas harga RM8,000 begitu je ayah aku belikan untuk emak aku, tak berkira dengan dia.

Tapi yang jadi permasalahannya iaitu mak cik aku. Bila nampak je mak aku pakai emas mesti dia minta pinjam dan kalau tak bagi pinjam sampai bergaduh dengan mak aku.

Jadi bila dah gaduh dan tertekan dengan bebelan makcik aku, mak aku pun bagi lah pinjam. Lagipun mak cik aku pun adik beradik dengan mak aku.

Jadi mak aku bagi lah pinjam emas yang pada tahun 2007, harganya dalam RM8,000. Sekarang ni tak silap dah naik puluhan ribu.

Bila minta balik, cakap hilang

Alkisahnya beberapa hari, minggu atau bulan mak aku bagi pinjam. Mak aku nak lah balik emas tersebut, tapi tahu tak apa mak cik aku buat.

Dia kata hilang kau bayangkan emas berat harga RM8,000 selamba badak je cakap hilang.

Kami sudah tentu syak makcik kami jual dekat kedai pajak walaupun dia tak nak mengaku, bila mak aku cerita pun dia cakap mak cik aku pergi jual emas itu.

Aku tak ingat sama ada emas tersebut mak cik aku cakap dia jual atau pun hilang sebab kisah lama kan.

Sekarang ni aku dah besar, aku fikir balik, wei RM8,000 tahun 2024 pun mahal gila, sekurang-kurangnya nak kerja 6 bulan baru boleh beli emas semahal itu.

Kalau keluarga aku kaya tak apa lah juga, ini keluarga aku pun biasa-biasa cuma alhamdulillah aku dikurniakan ayah yang rajin kerja dan solat.

Jadi rezeki itu sentiasa ada untuk kami makan, minum dan bayar sewa rumah.

Ok sambung semula pasal makcik aku. Aku tak tahu apa jadi pada tahun tersebut sebab aku pun tak minat tengok gaduh-gaduh ni.

Lepas kejadian tu, aku perasan ayah aku pun dah tak belikan mak aku emas lagi dah, sebab dia tak nak makcik aku jual macam itu je.

Kalau ikutkan nak je buat report polis, tapi ahli keluarga kan dan dia pun ada anak-anak sedang membesar. Jadi kes itu terkubur dekat situ.

Sekarang nak minta balik emas tersebut memang tak lah, harga pun dah naik puluhan ribu daripada angka RM8,000 tersebut.

Mak aku dah tak bagi pinjam lagi dah, dia nak emas ke apa ke, mak aku dah tak bagi pinjam.

Satu lagi tambahan, aku tak pasti makcik aku dah bercerai atau belum dengan suami dia waktu kes ini berlaku.

Rasanya sudah sebab itu dia nak sangat emas yang mak aku pakai, untuk dipajakkan.

Mak cik aku ni bukannya tinggal sebelah rumah, kira kira 20 ko 30 minit juga nak pergi rumah dia naik kereta. Hubungan kami masih ok, mak aku dengan dia pun dah tak sebut pasal emas.

Baca juga: “Melepas hajat aku nak jadi isteri kedua, bini pertama minta cerai sebelum kami kahwin”