Mak Cik buat siaran langsung di TikTok sambil solat terawih undang kecaman ramai

Oleh KIM SYAZIE

Satu rakaman tular di media sosial menjadi perbincangan hangat warga maya selepas seorang wanita membuat siaran langsung di dalam surau ketika dia dan jemaah lain sedang menunaikan solat tarawih.

Tidak dapat dipastikan ia berlaku di mana, namun berdasarkan komen warga maya kejadian itu difahamkan berlaku di salah sebuah surau di sekitar ibu negara.

Dalam rakaman berdurasi lebih satu minit, wanita berusia lewat 50-an itu meletakkan telefonnya yang sedang bersiaran langsung di dalam bag yang terbuka. Telefon itu dihala ke arahnya.

Lebih mengejutkan, individu berkenaan dilihat bermain telefon pintarnya ketika sedang menunaikan solat yang nyata mengundang spekulasi ramai terhadap perkongsian video tersebut.

Warga maya membanjiri video itu dengan kecaman, selain memberikan nasihat pedas yang menyifatkan perbuatan itu tidak wajar di bulan suci ini.

Ramai juga tertanya motif wanita itu membuat siaran langsung yang dianggap telah mengundang rasa tidak selesa jemaah lain dan mengganggu khusyuk dalam ibadah.

“Motif buat siaran langsunf? Dah lah saf tak rapatkan. Allah, jauhkan aku dan keluarga jadi seperti ini. Kesian makcik-makcik lain tak selesa dan tenang nak solat,” kata pengguna Facebook.

“Jangan beginilah makcik. Solat lah betul-betul,” kata yang lain.

Dibanjiri kecaman dan spekulasi warga maya, seorang pemuda memberikan teguran sinis yang disifatkan sebagai perbuatan tidak wajar di bulan suci ini.

“Mak cik tengok telefon timbul pelbagai andaian, main TikTok ke atau tengok ayat al-Quran, saya husnuzon dia baca surah dari telefon.

“Sebaiknya tak perlu buat live solat tarawih tu, nak tunjuk apa.

Baca juga: Betul ke perlu niat puasa setiap hari walau sudah niat sebulan? Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus