Jarang video negara seberang meletup di Malaysia, namun rakaman seorang ibu di Indonesia yang fasih berbahasa Inggeris menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang tular, wanita berkenaan sedang berborak dengan anaknya sambil membuat “daily vlog” supaya anaknya dapat berlajar bertutur dalam bahasa Inggeris.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @a5rihartanti, kelihatan wanita itu sedang berehat di sawah padi bersama anaknya.
Ramai nampaknya terpegun ketika mendengar accent wanita berkenaan yang pasti wanita itu bukan orang biasa-biasa.
Menjengah ke ruangan komen, rakyat Malaysia ternyata kagum dengan kepintaran wanita tersebut dan memujinya kerana mampu bertutur dengan lancar persis seperti orang luar negara.
“Ya Allah bestnya accent dia. Amazing mom”, kata salah seorang pengguna TikTok.
“Dia punya speaking lagi padu dari aku,” komen yang lain.
Video tersebut kini mencecah 8.4 juta tontonan, 1 juta tanda suka serta 12,000 komen di TikTok.
Baca juga: Bawa 23 saudara masa ‘first date’, lelaki angkat kaki lepas lihat bil