Bukan semua dikurniakan mentua yang baik, ada juga terpaksa melayan kerenah kerana tidak mahu bergaduh.
Kalau sudah sampai tahap ditegur pun nak merajuk macam budak-budak maka kurangkanlah perhatian buat mentua sebegini.
Seorang wanita tak tahan dengan sikap mentua yang sering me’neraka’kan anak-anak dan menantu yang tidak memenuho permintaannya.
Di bawah adalah luahan tersebut.
Aku LaraHati. Dah kahwin enam tahun yang lalu, belum dikurniakan anak tapi pernah keguguran sekali.
Kat sini aku nak luahkan apa yang terbuku di hati. Aku dah luahkan pada suami tapi suami pun serba-salah kerana ia melibatkan syurga dia.
Ye, siapa lagi kalau bukan Mak mentua aku. Mak mentua aku nie prinsip dia, biar menantu jatuh tergolek sakit, tapi jangan anak-anak dia.
Anak-anak dia makan lambat lima minit pun menantu kena bebel takut anak jatuh sakit. Tapi menantu jatuh sakit dia kata biasalah. Jangan layan sangat sakit katanya.
Hantar mesej derhaka sebab kerja luar negeri
Macam aku kan, ada kursus ke apa beberapa hari atau paling lama pun seminggu, mak mentua aku dah mesej aku cakap aku derhaka tinggal suami lama-lama.
Katanya tempat isteri disisi suami. Bila aku tunjuk mesej tu dekat suami, dia suruh aku sabar.
Dia kata dia tak nak jadi macam Acik (adik suami) gara-gara tegur mak sendiri, akhirnya sampai sekarang mak mentua tak pedulikan Acik dan tak bercakap dengan Acik.
Adik suami aku ni bujang. Itu aku tak boleh nak campur. Harap ada sinarlah.
Okey, berbalik pada cerita aku. Mak mentua aku nie sikit-sikit akan nerakakan orang tak kira siapa.
Dah macam Ustazah viral dulu, makan ubat tahan sakit masuk neraka. Lebih kurang sama sahaja. Untung pak mentua aku tak macam dia.
Aku keguguran tiga tahun lepas, Mak mentua aku membebel cakap tak jaga makan minum, ada buat dosa dengan orang. Itu sebab gugur katanya.
Aku cuma diam. Dia suruh aku cuba produk itu ini desak aku mengandung. Sampai sekarang pun suruh jumpa orang itu ini konon pandai dalam bab anak ni.
Aku dengan suami turutkan demi nak jaga hati dia punya pasal. Bila masih belum berhasil, dituduhnya aku tak berusaha kuat.
Untung aku tak sampai dua bulan lepas kahwin, aku duduk sendiri. Bayangkan kalau aku masih duduk serumah dia, kau rasa?
Bukan setakat aku jer, biras-biras aku yang lain pun sama. Auto kena mental kalau dengan Mak mentua nie.
Anak makan lambat sikit, dimarahnya menantu cakap kenapa lambat bagi anak dia makan. Bab duit lagilah, menantu pun kena bagi sebab mak mentua kata satu keluarga.
Anak, menantu kena bagi duit setiap bulan
Bab duit sahaja dia anggap menantu tu keluarga. Bab lain jangan harap. Siap mesej tanya siapa lagi tak bagi duit.
Aku bagi RM300, suami bagi RM400. Dah RM700. Anak menantu lain tak tahulah berapa merekabagi. Menantu dah lima, anak sendiri tujuh orang.
Itupun tak sampai setengah bulan hubungi anak menantu minta lagi. Tak bagi nanti mulalah send ceramah anak derhaka.
Kadang dia tak hantar kat group keluarga, dia send kat group saudara-mara pasal anak derhaka.
Bab masakan, lagilah. Apa yang menantu masak semua tak kena, tak sedap, tak ikut cara keluarga dia. Sambal telur mata pun dia kata pelik tak pernah dibuat dek orang.
Ada kaki ayam atau leher ayam pun dia geli. Dia cakap dia tak pernah bagi anak-anak makan tu. Anak dia tak biasa. Tak biasa ya?
Suami aku kalau kaki ayam buat sup, seperiuk habis buat dia seorang saja. Suka meratah. Tak biasa ya.
Tak habis cerita buruk pasal menantu
Cerita buruk menantu tu, memang dah jadi satu kewajipan bagi mak mentua aku. Ada saja ceritanya.
Dia mengadu menangis cakap menantu-menantu dia suka habiskan duit anak-anak dia, control anak-anak dia, belanja tak bagi.
Bila benda tu sampai dekat kami, kami macam eh sejak bila pula.
Tapi itulah, yang kes Acik tu, membuatkan yang lain tak boleh tegur mak mentua. Sebab bagi mak mentua, anak menantu tegur mak tu dah jatuh derhaka.
Dulu arwah bapa mentua aku tegur pun mak mentua aku punya merajuk kalah budak-budak tau. Jenuh pujuk.
Kalau duduk rumah anak-anak, menantu kena cuti dua atau tiga hari. Nanti mulalah cakap anak menantu abaikan dia, menantu tak suka dia dan banyak lagilah.
Kalau dia tahu anak menantu dia bercuti, siaplah dia kemas kain baju dia then called ajak pergi bercuti. Dia sebut je. Kau bantah atau tolak, siaplah. Anak menantu yang mental.
Aku rasa banyak mak mentua macam ni. Maksudnya bukan dah habis mak mentua baik kat dunia nie tapi banyaknya macam ni.